Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 7, 2016

Pergunakan agama: Ini dia kacang hantunya!

Masa ada untung dipeluk, jilat!
Dah terbiasa jual agama untuk keuntungan politik
Jadi taklah menghairankan!

Sentimen anti-DAP didorong UMNO-PAS – tinjauan
 | January 7, 2016
Majoriti penjawab bersetuju DAP hanya menjaga kepentingan masyarakat Cina, anti-Melayu, Anti-Islam
Redzuan-Othman_pas_umno_dap_600
PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir mendakwa kempen UMNO terhadap DAP dikalangan masyarakat Melayu desa telah menambah perasaan marah terhadap parti pembangkang itu, lapor The Malaysian Insider.
Menurut Institut Darul Ehsan (IDE), kemarahan itu berganda selepas perpecahan Pakatan Rakyat pada Jun lalu, yang membawa kepada terkuburnya kerjasama antara DAP-PAS.
Timbalan Pengerusinya, Dr Redzuan Othman menjelaskan dengan kempen anti-DAP berkesan dengan adanya kerjasama antara UMNO dan PAS, dan penggunaan agama untuk menyerang DAP.
Menurut Redzuan, sentiman anti-DAP itu didedahkan dalam satu tinjauan IDE yang dibuat pada 13 dan 15 November tahun lalu di Selangor, melibatkan 1,716 penjawab dari kalangan orang Melayu.
Tinjauan itu mendedahkan 72% bersetuju DAP parti berteraskan kaum dan hanya menjaga kepentingan masyarakat Cina, manakala 12% tidak bersetuju dan 16% lagi tidak pasti.
Sementara itu, 64% penjawab bersetuju dengan penyataan “DAP parti anti-Melayu dan anti-Islam”, manakala 18% tidak bersetuju dan 19% lagi tidak pasti.
Redzuan berkata sentimen sebegitu dikongsi oleh ramai orang Melayu di seluruh negara, dan menambah kemarahan dan kebencian terhadap DAP kebanyakannya berligar dalam kalangan masyarakat Melayu desa, terutamanya ahli PAS dan penyokongnya.
Menurutnya lagi, kemarahan terhadap DAP tidak seberapa di kawasan-kawasan yang diwakili DAP dalam Selangor, dan berpandangan persepsi terhadap parti itu boleh diubah melalui kempen-kempen penerangan.

6 comments:

  1. Tahniah DAP, sebuah parti yang didominasi oleh orang China dan berjaya membela kepentingan orang China.Samada ianya realiti atau persepsi itu cerita lain.
    Kami ada UMNO tapi pemimpin kami dok sebuk jual tanah rezab melayu kpd orang China....la ni dok kalut pulak jual asset strategi negara kpd syarikat China. Di atas pentas umum depa terpekik terlolong kononnya berjuang membela kepentingan orang melayu...di balik tabir drpa besekonngkol dgn orang china tipu orang melayu tipu rakyat dan salahkan parti lain sebagai punca segala musibat. Memang perangai pelaq kata orang utara. Kefala vutuh

    ReplyDelete
  2. Admin, agama harus digunakan dalam segala hal, tidak dapat dipisahkan walaupun sedetik, perniagaan memerlukan agama, politik memerlukan agama dan kehidupan seharian pun tak boleh berpisah dengan agama sebagai contoh yang terdekat ialah aurat, jangan kita tunjukkan aurat kita untuk tontonan umum, jangan sesekali pisahkan agama dari kehidupan.

    ReplyDelete
  3. Anon 4:04 PM

    Walau pun dalam berbohong?

    Bukankah bohong/pelawok namanya bila cakap lain dan buat pula lain?

    Satu lagi fahamkah ko dengan ayat "menggunakan agama"?

    ReplyDelete
  4. Admin, aurat tetap aurat. Jangan diikut mereka yang berbohong. Jangan nak samakan mereka dengan kita. Kita buat sesuatu kesalahan, kita perbetulkanlah, jangan guna kesalahan orang lain pulak untuk menghalalkan kesalahan kita.

    ReplyDelete
  5. moral of the story.. jangan jual Islam utk kepentingan peribadi.. buka mata dan tgk apa yg jadi skrg.. ambil pengajaran.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa