Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 9, 2016

Bergabung dengan Pakatan Harapan: Untuk apa? Nak biarkan PAS hancurkan PH pulak?

Biarkan saja mereka bergabung dengan UMNO!

PAS tidak bergabung dengan Pakatan Harapan
 | MALAYSIA DATELINE
Naib Presiden PAS Idris AhmadNaib Presiden PAS Idris AhmadPAS kekal dengan pendirian untuk tidak bergabung dengan Pakatan Harapan, meskipun sedar bakal berdepan cabaran getir pada PRU14.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, pendirian PAS tetap kukuh dan yakin dengan kemampuan parti untuk menang kerusi yang ditandingi pada PRU14 tanpa bantuan daripada Pakatan Harapan.
“Kita tidak dengan Pakatan Harapan. Pendirian PAS tetap begitu (tiada gabungan). Insya-ALLAH, kita yakin dengan kemampuan kita. Pandangan dia sebagai orang luar, terpulanglah,” katanya kepada Sinar Harian online.
Beliau berkata demikian mengulas pandangan Nik Omar, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berpandangan, PAS tidak boleh bersendiri, sebaliknya perlu bergabung dengan Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU14.
Menurut Nik Omar, PAS perlu bergabung kerana sejarah membuktikan PAS tidak mampu memperoleh keputusan baik ketika bersendirian menghadapi PRU

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa