Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 9, 2016

Bila gelabah mulut Nik Amar pulak transform jadi 'ju**r'!

Nik Amar: Pakatan Harapan tahan lama jika amal 'Tongkat Ali'
Shakira Buang - 


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah menjangkakan hayat Pakatan Harapan mungkin dapat bertahan lama jika perikatan itu mengamalkan 'Tongkat Ali'.
"Jangka hayat Pakatan Harapan, saya tidak tahu kalau diorang makan "tongkat Ali" mungkin panjang," kata Mohd Amar sambil ketawa kecil sebelum berlalu meninggalkan pemberita selepas menghadiri taklimat khas presiden di Taman Melewar hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan apa yang dimaksudkannya dengan istilah 'Tongkat Ali' itu.
Nik Mohd Amar yang juga pesuruhjaya II PAS Kelantan berkata demikian ketika mengulas masa depan pakatan itu yang turut mengadakan sidang kemuncak kepimpinan Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Malah, Nik Amar juga enggan mengulas langkah pakatan itu apabila mengambil pendirian untuk tidak lagi 'bersetuju untuk tak bersetuju'.
"Saya tak mahu komen," katanya ringkas.
Banyak pihak sebelum ini menjangkakan hayat pakatan itu tidak akan kekal lama.
Salah satunya ialah PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) apabila menyatakan jangka hayat Pakatan Harapan lebih pendek dari Pakatan Rakyat.
Kenyataan tersebut difahamkan dibuat berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan, ditambah lagi dengan masalah dalaman di dalam parti masing-masing, dan ia menjangka paling lama hayat pakatan itu boleh bertahan ialah sebaik sahaja selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
PAS hari ini mengadakan taklimat khas presiden bagi membincangkan isu-isu semasa yang bermula sekitar jam 9 pagi.
Taklimat hari ini turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Bagaimanapun beliau meninggalkan majlis sekitar jam 12.15 tanpa memberi sebarang komen kepada pemberita

8 comments:

  1. cabaran sebenar ialah bila PAS bertanding sendirian baru ummph
    baru kita tau sapa perlukan tongkat ali, abu bakar, umar atau usman atau muawiyah atau abu jahal yang mereka ikuti sebenarnya

    ReplyDelete
  2. pas yg mrrosakkan PR. bye2 pas. insyaAllah PH akan tentang umno/BN dan sekutunya hingga ke akhir. knp tuang presideng? tak gumbira, tak gumbira

    ReplyDelete
  3. sumua sudah rosak--umnu berharap dapat berpakat dengan pas semasa pilihanraya--tanpa kerjasama demkian tiada guna--pas berpusing macam kapal hilang kemudi dan nahoda pula gila

    ReplyDelete
  4. Minta Nik Amar supply tongkat ali dari hutan simpan pembalakan haram yang menyebabkan tsunami banjir tahun lepas.l

    ReplyDelete
  5. Nik Amar sudah mula menampakkan angkuhnya...walau dari segi gurau dan gerak gerinya... Takpalah gaji akan naik..

    ReplyDelete
  6. pok nik amar makang tokat ali, abduuhi makang makjunn manjakani, altontowi makan dhob vellfire, altakiiri makang nasidagang kuoh lebeh, alzuhdi makang tempe bakar.. sumernyer gagoh2 belaker weh.. hambe makang nasi ikang singgang dgn budu jer .."gagoh ali gagoh muse, kecek anging dok berase...

    Salam tuang mountdweller

    ReplyDelete
  7. Pas blm tentu kekal kelantan next pru..rakyat memerhatidgn jelas kehidupan mewah pemimpin2 pas dan akan ajar masa pru nanti..lebih2 lagi puak2 ygmaseh duduk dlm khemah

    ReplyDelete
  8. Coba tanya hadi marang dia makan tongkat ali ke tak,sbbnya tganu dapat sepenggal je..
    Begitu jugak kedah..
    Perumpamaan tiga suku,nak kias org,tapi tekena diri sendiri

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa