Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 6, 2016

Bolehkah bersandarkan cakap dia ni?

Disebabkan tindakannya sebelum ini menyebabkan kepercayaan terhadap kata-katanya menjadi longgar: Ikrar menteri pertahan SPRM bercanggah tindakan sebelumnya, kata NOW 

Menteri ikrar pertahan SPRM, ketua daripada diganggu 
Published: 6 January 2016 7:07 AM
Datuk Paul Low berkata menjadi tanggungjawab Putrajaya memberi perlindungan terhadap institusinya seperti SPRM. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016.

Menteri bertanggungjawab hal ehwal integriti kerajaan, Datuk Paul Low, berikrar akan mempertahankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada sebarang campur tangan, ketika ada cakap-cakap kemungkinan ketua pesuruhjayanya akan diganti.
Low berkata menjadi tugasnya memelihara kredibiliti dan kelancaran operasi SPRM, sambil bertegas akan membawa perkara itu hingga kepada perdana menteri jika keadaan memerlukan.
"Seperti yang saya pernah sebut sebelum ini, saya melihatnya sebagai tugas saya melindungi institusi seperti SPRM.
"Jadi, jika ada sebarang perubahan dibuat yang merendahkan tahap kebebasan dan kredibilitinya, saya akan bercakap menentangnya.
"Saya akan bercakap dengan sesiapa pun jika perlu, termasuk PM," katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
The Malaysian Insider melaporkan khabar angin mengenai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, mungkin akan diganti selepas menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara mengenai syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd dan derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib.
Sumber memberitahu, keadaan kesihatan Abu Kassim mungkin digunakan sebagai alasan menggantikan beliau.
Abu Kassim menjalani pembedahan kerana sakit belakang pada 7 Ogos lepas dan dilaporkan kembali bertugas pada pertengahan Oktober, tempoh sukar bagi SPRM yang menjadi sasaran polis dalam siasatan kebocoran maklumat mengenai skandal kewangan yang didakwa membabitkan Najib.
Ini berlaku selepas kemunculan dokumen yang didakwa sebagai kertas pendakwaan terhadap Najib yang dirangka SPRM dan diterbitkan laman sesawang Sarawak Report.
Low berkata, oleh kerana SPRM agensi kerajaan persekutuan, Putrajaya bertanggungjawab melindungi institusi awamnya.
"Apa pun khabar anginnya, saya fikir wajar saya katakan keperluan SPRM perlu dilindungi daripada sebarang gangguan sama ada dalam operasinya atau pelantikan pegawai, terutama jika ia membabitkan ketua pesuruhjayanya.
"Institusi seperti SPRM perlu memiliki kepercayaan rakyat dan mesti ada kredibiliti," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
SPRM dalam respons kepada berita penggantian Abu Kassim menegaskan niat ketua pesuruhjaya itu kekal dalam jawatannya, dan berkata beliau tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.
SPRM berkata kontrak Abu Kassim hanya akan tamat pada 2018 manakala persaraan wajib beliau daripada perkhidmatan awam adalah pada 2020.
"Buat masa ini, tiada tekanan mana-mana pihak yang meminta beliau menamatkan perkhidmatan di SPRM," kata SPRM dalam kenyataannya.
"Abu Kassim berpegang kepada pendirian beliau tidak akan berundur atas tekanan mana-mana pihak, melainkan keputusannya sendiri atas sebab masalah kesihatan," kata kenyataan itu.
Abu Kassim selama ini bertegas memastikan siasatan SPRM terhadap isu derma RM2.6 bilion dan SRC International dijalankan secara bebas.
Beliau menyertai Badan Pencegah Rasuah pada 1984, yang kemudian dijenamakan sebagai SPRM pada 2009, dan dilantik sebagai ketua pesuruhjaya pada Januari tahun itu.
SPRM baru-baru ini berkata ia selesai melengkapkan siasatannya terhadap SRC International mengenai pinjaman RM4 bilion yang diambilnya, tetapi bagi siasatan RM2.6 bilion, setakat ini agensi itu hanya dapat menemu bual saksi warga Malaysia.
Agensi itu masih menanti bantuan perundangan bersama (MLA) daripada peguam negara untuk mendapatkan dokumen dan penyata daripada institusi kewangan dan bank di luar negara. – 6 Januari, 2016.

2 comments:

  1. Ini menteri paul low takdak telow. Sembang auta. Ngabihkan borehh. Ngabih duit rakyat nk bayar gaji rm27,000 pm. Najib lantik kalu tk silap 12 menteri di Jpm. Sapa nk bayar gaji depa?? Pikirlah sendiri

    ReplyDelete
  2. Ini menteri paul low takdak telow. Sembang auta. Ngabihkan borehh. Ngabih duit rakyat nk bayar gaji rm27,000 pm. Najib lantik kalu tk silap 12 menteri di Jpm. Sapa nk bayar gaji depa?? Pikirlah sendiri

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa