Rakyat dah pun menilai siapa khianat siapa dan siapa fitnah siapa serta siapa bakar kereta siapa?
Nak kata apa lagi......dah memang di dalam bidang kuasa Azmin!
PAS hormati keputusan Azmin tapi tak akan iktiraf AMANAH
PAS Selangor menghormati keputusan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali untuk melantik ahli-ahli AMANAH sebagai ahli majlis tempatan, walaupun ia tidak mengiktiraf parti serpihannya itu.
"Walaupun PAS tidak mengiktiraf AMANAH dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya namun kami memahami dilema yang dihadapi oleh Azmin.
"Tetapi ini sama sekali tidak mengubah pendirian kami terhadap AMANAH yang telah mengkhianati PAS dan sentiasa menyerang PAS," kata setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin juga mengucapkan terima kasih kepada Azmin kerana tidak mengurangkan jumlah ahli majlis PAS dan berharap boleh terus bekerjasama untuk rakyat Selangor.
Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini mengumumkan bahawa AMAANH akan mendapat lapan daripada 34 kerusi majlis sepertimana diminta.
AMANAH akan mempunyai wakil di Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor, katanya.
ADUN Hulu Kelang Saari Sungip dari AMANAH sebelum ini dilaporkan berkata bahawa parti itu berharap kerajaan negeri akan akur dengan permintaan untuk pelantikan 34 wakil di 12 majlis tempatan Selangor.
Tengok muka adun paya jaras ini macam muka umno jer. Mana sunnah janggut n misai? Kalu yg mudah pun tk boleh amal apatah lagi yg susah spt hudud? Cakap pun merapu. Pasal presideng pun membarua dan hina org lain.
ReplyDelete