Jelas 'Pemerintahan Islam', Menjadi Tujuan Perjuangan PAS. Parti Lain Belum Ada.
Ditulis oleh
Dewan Ulama PAS Pusat
HARI INI DALAM SEJARAH PAS
PENETAPAN TUJUAN PERJUANGAN PAS UNTUK MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM (2 JANUARI 1963)
PADA hari ini dalam tahun 1963, PAS telah mengambil ketetapan dalam Mesyuarat Agung Tahunannya Kali Ke-11 bahawa tujuan utama perjuangan PAS ialah "menjalankan ikhtiar-ikhtiar politik dan perlembagaan untuk mewujudkan di dalam Persekutuan Tanah Melayu akan pemerintahan Islam yang berjalan di dalamnya hukum-hukum Allah, pegangan-pegangan Islam dan pandangan hidup Islam." [Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1963, Fasal 2(1)]
Pindaan terhadap Undang-undang Tubuh PAS (Pindaan) 1954 ini telah diterima dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS yang diadakan di Dewan Kesatuan Syarikat Guru-guru Melayu, Bandar Melaka pada 31 Disember 1962 hingga 2 Januari 1963. Pindaan ini dibuat untuk menyatakan dengan jelas kepada rakyat Persekutuan Tanah Melayu tentang tujuan perjuangan PAS dalam usaha menegakkan negara Islam di negara ini setelah kejatuhan khalifah pada 1924.
Sebelumnya, pada 1953, PAS telah menetapkan tujuannya adalah untuk melaksanakan hukum-hukum Islam dalam kehidupan individu dan masyarakat, yang kemudiannya disusun semula pada 1954 dengan menyatakan tujuan PAS adalah memperjuangkan cita-cita Islam dalam masyarakat dan pemerintahan negara.
Walau bagaimanapun, pada 26 September 1961, Prof Zulkifli Mohamed, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dalam kertas kerjanya "Kedudukan dan Penyusunan Semula (PAS)" telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja Agung PAS untuk menyusun semula Undang-undang Tubuh PAS bagi menyatakan dengan jelas tujuan perjuangan PAS. Kertas yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 26-28 September 1961 ini bertujuan memberi nafas baru kepada PAS pasca Pilihan Raya Umum 1959.
Pindaan ini walau bagaimanapun telah diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-10 pada 5-6 Januari 1962 supaya ia dibawa ke Mesyuarat Agung Khas PAS yang dijadual pada 22 April 1962. Namun begitu, atas faktor teknikal, mesyuarat agung khas itu tidak dapat dilaksanakan, yang menyebabkan usul penetapan tujuan perjuangan PAS adalah untuk menegakkan pemerintahan Islam di dalam Undang-undang Tubuh PAS ini hanya dapat diluluskan sebagai resolusi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-11 di Melaka yang berakhir 2 Januari 1963.
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Januari 2016
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
2 Januari 2016
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jelas 'Pemerintahan Islam', menjadi tujuan perjuangan PAS. Setakat ini di Malaysia, parti lain belum ada, dasar perjuangannya begitu. Kini PAS tetap tidak lari dari perjuangan asalnya. - sumber
Tracking wan rosli aka An Anonymous...cik wan tak nak komen ke IH kata dasar juang PAS masih sama bawah TGHH
ReplyDeletePAS dasarnya betul. Yg mengendalikannya dah melilau.
Deleteitu dulu---sekarang bersama umno
ReplyDeleteAda maklumat drp org lama pas. Lambang bulan bintang pas telah diharamkan oleh kejaan dulu. Maka seorang orang besar pas masuk dapur dan jumpa tudung periok. Lalu dia bawak tudung periok tu keluar dan istiharkan tudung periok bulat tu sbg lambang parti pas. Mulai hari tu, lambang pas bulat spt bulatnya bentuk tudung periok tu.
ReplyDeleteBetoi ke idok tak tau le. Tapi org cakap gitu ler
Penggerak PARTI konsisten ker.....
ReplyDeleteWan rosli baru masuk pas 2-3 tahun nih.. baru setahun jagung.
ReplyDeleteHhhmmmhh...tu PAS dulu yang suci murni perjuangannya sebelum dicemari taik ayam Din dan pak mentua dia. Lepas TGNA meninggal hj Hadi dan konco-konconya telah tersesat dan mwnteleweng dari landasan Islam. Gelaran barua, jamesbon dll panggilan jahat dilemparkan kpd rakan2 seperjuangan yg mempunyai pandangan berbeza. Fitnah dijadikan santapan harian melibatkan pemimpin tertinggi.sehingga terpaksa naik turun mmahkamah. Apabila berjanji mereka mungkiri dan khianati rakan2....kini mahu jadi penasihat kpd para penyamun.... mereka hidup berpura2 dan menjaja agama ke hulu ke hilir demi mendapat habuan dunia. Di Kelantan pemimpin PAS sebuk mmerembat balak dan mengabaikan tanggung jawab kpd rakyat. Bola ditegur mereka marah tetapi tidak mahu menjawab isu yang dibangkitkan. Akhirnya sosok- sosok inilah yang membawa kepada keruntuhan parti PAS apabila saban hari semakin ramai penyokong meninggalkan bahtera yg hilang pedoman itu....
ReplyDeleteSejarah terkini... menjadi
ReplyDeletePenyelamat Asobiah Semalaysia