MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 2 JANUARI 2016
SHAH ALAM - Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika isu kononnya ada ahli Puteri Umno dijadikan tempat pemuas nafsu pemimpin terus dimainkan.
Sebelum ini, pihaknya hanya berdiam diri dalam hal itu, namun Mas berkata, beliau akan terus bertindak selepas ini.
"Ada pihak yang bermain dengan isu ini ataupun cuba membuat fitnah kita tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis.
"Sebelum ini ada pihak yang menyuruh kita buat laporan polis, tapi kita 'hold' dulu sebab kita tidak mahu panjangkan perkara ini, sebab yang membaca blog itu tidak ramai tetapi apabila benda ini menjadi sensasi maka kita harus bertindak," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Baru-baru ini, di laman media sosial serta beberapa portal memainkan semula isu lama yang mengaitkan Puteri Umno yang dijadikan pemuas nafsu pemimpin.
Memetik laporan itu, ada dakwaan mengatakan ada ahli Puteri Umno digunakan untuk menawarkan penajaan ke atas sesuatu pertandingan atau jawatan dalam parti.
Kenapa skrg baru nak hangatkan isu..tidak takut hilang pucuk pimpinan cawangan ke atau org2 kuat dlm parti.?...buat lapuran dan kertas siasatan..lepas tu diam jeee..Sudah 58 thn beberapa puak2 BeEnd yg masuk lokap atau penjara atas kes cabul..rogol dsbnya.Dunia boleh main2 sembunyi..akhirat nanti kesemua anggota badan akan berbicara..No way to deal maaaaa..
ReplyDelete