Chegubard akan dedah agen UMNO dalam PKR
Segala tuduhan dan cabaran Azmin akan dijawab dalam satu sidang media esok
PETALING JAYA: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mahu mendedahkan agen UMNO dalam PKR susulan pertikaman lidah dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Badrul Hisham atau Chegubard dalam kenyataannya di Facebook berkata, beliau akan mendedahkan pihak sebenar menjadi agen UMNO dalam PKR selepas berperang dengan Azmin mengenai isu pembaziran kerja naik taraf Gerbang Darul Ehsan.
“Azmin melatah sebab panik dia tak sangka mesyuarat EXCO “pecah”… sabar ya Min (Azmin)… masih panjang… seperti disebut pendedahan pembaziran gerbang hanya pintu pada banyak benda. Esok saya dedah ya… siapa sebenar agen UMNO… jangan emosi sangat ya..,” katanya yang merupakan ahli PKR seumur hidup.
Mengulas lanjut, Chegubard mendakwa Azmin semakin panik apabila tidak menyangka kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang didedahkan itu bocor.
Katanya, Azmin seharusnya tidak cepat melatah dan panik kerana itu hanya menyerlahkan sikap sebenarnya.
Chegubard berkata, beliau akan menjawab tuduhan dan cabaran Azmin dalam satu sidang media esok di Pusat Gerakan Rakyat (PaGeR) SAMM di Seremban, Negeri Sembilan.
Sebelum ini, Azmin menasihatkan Chegubard supaya berhenti ‘menyalak’ dengan menggunakan media untuk menyebarkan fitnah.
Azmin dipetik berkata, Chegubard sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar mempunyai bukti ia tidak dibuat secara tender terbuka.
Ejen umno dalam PAS dan PKR tak terlalu bahaya admin, ajen yahudi dalam DAP bagaimana? Admin boleh bagi pencerahan?
ReplyDeleteEjen yahudi dalam DAP? Hulurkan bukti sikit, jangan setakat baca di mana mana blog atau media sudah berani buat tuduhan ...kang kena saman bankrup yeop.
DeleteYang aku tu agen yahudi dalam JPM memang ada; UPKO yang dibayar puluhan juta setiap tahun untuk kerja-kerja baik pulih imej dan personaliti Najib.
By the way before end of the month he has to go...bye bye....
Anon 2:49 PM
ReplyDeleteHahaa......yang terang takyah bersuluh ialah agen yahudi dalam sektor perkhidmatan diterajui UMNO/BN dan PAS pula di bawah Hadi terhegeh-hegeh nak berbaik dengan UMNO!
Mamat Anon 2:49 ni pun sama perangai dengan ketua2 dia, sama bodoh dan sama2 tak faham apa yang sedang diperbahaskan. Sekarang ni semua orang tengah bercerita tentang wujudnya agen2 UMNO dalam PAS dan PKR yang sedang menjalankan kerja2 setan untuk mempastikan pembangkang berpecah belah. Tetapi mamat anon tu kuar pulak cerita tentang agen yahudi yang cuba disebarkan oleh seekor lagi melayu gila yang tak dak satu carik bukti dan mengulang2 dan kitar semula cerita karut marut dan fitnah UMNO iaitu pembangkang adalah agen yahudi.
ReplyDeleteSudahlah woi, mat ketayap, kami rakyat Mesia ni dah muak dah dengan cerita yahudi, cina komunis dan Singapura dah menjajah Mesia ni. Cerita2 ni dah berkitar setengah abad dah tapi satu pun tak dak bukti. Sebaliknya UMNO dan Najib yang dah banyak jual reta negara, tanah dan aset2 strategik negara pada negara asing pastu siap lantik lagi penasihat2 luar yang bukan aje dari negara barat malah dari Israel! Tu ko tak nak cerita tapi nak jual "kencing" UMNO yang dah hancing tu??? Sebab nak kerjasama dengan Najib dan UMNO maka segala kejahatan dan dosa UMNO dan Najib keatas rakyat dan negara kasi sorok bawah katil? Islam apa yang korang bawak ni?
Nick.
Cape Tiger.
Itulah DAP mudah percaya sangat kat Melayu sehingga hal-hal berkaitan Yahudi pun diajak Melayu untuk berbincang dengan ajen Yahudi di Singapura. Amanah pun DAP jangan percaya sangat pasal mereka tu Melayu nanti pecah habis rahsia hubungan dengan yahudi. Masa disuap mereka tutup mulut selepas disuap, bila berhenti menyuap mereka akan buka mulut. Berwaspada dengan agenda kita jangan sampai Melayu tahu. Pengajaran buat kita Lim Kit Siang. Jangan jadi sohai.
ReplyDelete