Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 6, 2016

Laaa........rupanya memang cabaran bodoh dan buta-tuli!

AMANAH Kelantan bidas PAS Putrajaya

 | January 5, 2016
Undang-undang pilihan raya membenarkan hanya rakyat Sarawak sahaja bertanding di Sarawak.
amanah
PETALING JAYA: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah membidas cadangan PAS Putrajaya supaya beliau bertanding mewakili parti itu di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Katanya, cadangan itu disifatkan tidak logik kerana mengikut undang-undang pilihan raya hanya rakyat Sarawak sahaja layak bertanding di negeri berkenaan, kecuali Parlimen.
“Saya rakyat Kelantan, dalam undang-undang pilihan raya hanya rakyat Sarawak sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk bertanding di negeri Sarawak.
“Sama juga di Kelantan kalau calon itu bukan rakyat Kelantan dia tidak boleh bertanding di pilihan raya negeri, kalau Parlimen tidak apa, malah undang-undang itu diguna pakai seluruh negara,” katanya ketika dihubungi FMT di sini, hari ini.
Mengulas mengenai cadangan AMANAH bertanding di Kelantan, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu berkata, pihaknya belum membuat keputusan muktamad kerana perlu berunding dengan PAS.
Katanya, AMANAH tidak mahu Kerajaan Kelantan jatuh kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama.
“Kami masih menunggu untuk berunding dengan kerajaan negeri kerana sehingga kini tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan negeri sedia untuk berbincang,” katanya.

3 comments:

  1. Samalah macam tok guru parti bulan mengambang yang tanya soalan berkaitan kutipan zakat di parlimen.... itu kira senior kepada senior tu.

    ReplyDelete
  2. Samalah macam tok guru parti bulan mengambang yang tanya soalan berkaitan kutipan zakat di parlimen.... itu kira senior kepada senior tu.

    ReplyDelete
  3. Abe.
    Tu PAS yg pgang jwtan kt P.Jaya ckp.
    Tempat konon2 didiami cerdik pandai.
    Kih kih kih kih...

    Cmana agaknya PAS caw. lain?
    Kbg kerian tak kot?
    Nanti marah bat8 kito...
    Hihihi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa