Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 2, 2016

Isu Nik Omar: Apa kata PAS Kelantan

PAS Kelantan tak tahu menahu isu Nik Omar
Shakira Buang - 

Ketika heboh isu anak kedua allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH), PAS Kelantan sendiri masih tiada maklumat berhubung perkara itu.
Malah, kata Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, beliau sendiri baru mendengar cakap-cakap berkaitan Nik Omar itu semalam.
“Saya tidak tahu mengenai perkara itu.
“Saya pun dengar daripada sumber-sumber sahaja dan ia berita itu pun baru semalam kita dengar,” kata timbalan menteri besar Kelantan itu dengan ringkas kepada Malaysiakini.
Ditanya sama ada beliau mahu mendapatkan pengesahan daripada salah seorang anak Nik Aziz yang juga ketua Pemuda PAS, Mohd Amar berkata beliau belum bertemu dengan Nik Abduh.
“Saya tak jumpa Nik Abduh.
“Tetapi dalam isu ini biarlah Nik Abduh selesaikan dengan adik-beradik beliau,” tegas Mohd Amar.
Dalam majlis makan malam di Petaling Jaya malam tadi, Pengarah Komunikasi AMANAH Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai pengerusi panel syariah AMANAH Kelantan.
Ditemui Malaysiakini selepas itu, Nordin bagaimanapun menafikan menyebut penyertaan Nik Omar (gambar) dalam AMANAH dan berkata mungkin wartawan tersalah dengar.
Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan AMANAH Kelantan yang ditemui mengesahkan Nik Omar telah menyertai mereka tetapi belum mahu hadir ke acara terbuka buat masa ini.
Nik Omar sendiri ketika dihubungi Malaysiakini masih enggan berterus-terang berkaitan status sebenar beliau.
AMANAH ditubuh dan digerakkan oleh bekas pemimpin-pemimpin kanan PAS yang ditolak oleh kumpulan proulama dalam muktamar tahun lalu.

5 comments:

  1. Mohd Amar menampakkan reaksi biasa dan bersahaja, bila beliau mendapat berita mengenai penyertaan nik omar bersama AMANAH.
    walaupun berita tersebut tidak dapat disahkan lagi, namun kesan dari penyertaan nik omar kepada PAS adalah terlalu minima.
    PAS sebenar tidak berhadapan dengan badai yang dibawa AMANAH. Bahkan PAS sedang menghadapi isu dalaman yang boleh menyebabkan PAS runtuh, atau sekurang-kurangnya menjadi senget.
    sebenarnya, kelahiran AMANAH adalah suatu pemberontakan kepada pimpinan PAS. AMANAH merupakan rumah untuk bekas pimpinan dan ahli-ahli PAS yang tidak puas hati kepada pimpinan PAS menumpang teduh. Rumah yang bernama AMANAH tidak mungkin terbina, jika pimpinan PAS semasa mempunyai perasaan rendah diri dan menghormati persaudaraan, maka AMANAH tidak mungkin menjadi AMANAH sekarang.
    Sekali lagi pimpinan PAS melakukan kesilapan yang besar, apabila kepimpinan baru PAS menunjukkan sikap lunak dan terbuka hati untuk UMNO. Walaupun seribu satu penafian dan hujah untuk menolak tanggapan bahawa PAS akan bersama UMNO. Namun ahli-ahli dan penyokong PAS masih merasa sangsi dan was-was dengan kenyataan beberapa orang pimpinan PAS yang mengarah kepada kerjasama dengan UMNO.
    sikap sesetengah pimpinan PAS yang memberi amaran ke atas pimpinan yang ingin meneruskan kerjasama dengan UMNO telah membenarkan dakwaan tersebut.
    Ahli dan penyokong PAS mula goyang dan bergegar, mereka cuba mencari alternatif baru dan AMANAH merupakan pilihan terbaik untuk mereka.
    Mungkin Mohd Amar tidak gusar dengan apa yang berlaku, kerana kocakkan dan gelora berlaku diperingkat aksr umbi. Namun ahli-ahli dan penyokong PAS diperingkat akar umbi terkedu dan berjalan tunduk layu dengan apa yang berlaku.
    Mereka mengharap datangnya seorang seperti Salahudin atau Muhammad al-Fateh untyk memperbaiki PAS, namun yang ada dalam barisan pimpinan PAS sekarang adalah seniman A.R Tompel dan Mat Nisfu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS terlalu banyak.membuat andaian. Andaian andaiann liar mirip kepada provokasi akhirnta memakan diri.
      PAS sebaiknya mencerminkan diri dan lihat kelemahan dan.kekuatan diri sebelumembuat keputusan.
      Kebanyakan.keptusan PAS adalah atas dasar andaian dan tidak berpaksi pada fakta..

      PAS kena terima..

      Delete
  2. Nik Amar ni memang tak tahu apa satu. Beliau dilantik menjadi Tim MB pung atas kapsiti haluan kanan yang mudah dirasuah dan ditarik tocang.

    Menatang macam ni kalau diberi makan najis pun dia sanggup asalkan dapat jawatan dan kesenangan atas kapasiti menjual agama.

    ReplyDelete
  3. Bila dah jadi barua umno,pemimpin pas pun bercakap bedolak dalik mcm umno,lain ditanya,lain dijawab..

    Ditanya sama ada beliau mahu mendapatkan pengesahan daripada salah seorang anak Nik Aziz yang juga ketua Pemuda PAS, Mohd Amar berkata beliau belum bertemu dengan Nik Abduh.
    “Saya tak jumpa Nik Abduh.

    Soalan ditanya adakah mahu mendapatkan pengesahan nik abduh,jwpnnya amar dia tak berjumpa lg dgn nik abduh..
    Padahal jawapan yg sepatutnya adalah YA atau TIDAK..
    Sama mcm jwpn lanun bugis bila disoal pasal 2.6b dlm akaunnya.soalannya ada atau tak 2.6b dlm akaun?
    Jwpn lanun,saya tak guna duit rakyat

    ReplyDelete
  4. Sekarang mari kita congak berapa ramai ahli Pas yang ada sekarang, selepas parti Amanah ditubuhkan puluhan rubu mungkin ratusan ribu dah tinggalkan Pas. Bila nak bekerjasama/bergabung dengan UMNO lagi puluhan mungkin ratusan ribu akan tinggalkan Pas. Itu tidak mengambil kira yang dah meninggal dunia dan yang dah keluar parti sejak Pas ditubuhkan pada tahun 1951. Saya ada kawan (bukan ahli Pas) tetapi sebagai penyokong je yang selalu datang mengikuti kuliah mingguan Pas, bila ditanya apa sebab dah lama tidak hadir kuliah, dia jawab dah malas sebab dia tengok Pas sekarang dah lain macam saja. Kebayakan ahli-ahli Pas ni cuma masuk dan isi borang serta bayar yuran buat kali pertama saja, kadang-kadang kawan-kawan yang masukan, lepas tu ghaib,sijil ahli pun tak ambil, tak pernah hadir aktiviti-aktiviti parti, mesyuarat agung ke kerja2 PRU ke langsung tak terlibat. Mana ada ahli Pas sampai 1 juta lebih....kalau ikut no siri sijil memanglah, tapi tolaklah fakta-fakta yang saya sebut diatas, berapa tinggal....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa