Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 3, 2016

Isu tawaran RM1.2b: Kenapa tidak disaman dua-duanya?

DAP takut?


Kit Siang patutnya saman bekas pegawai khas Guan Eng – Pro BN

 | January 3, 2016
Saman tersebut perlu dibuat oleh Lim Kit Siang ke atas Mohamed Razali yang sebelum ini merupakan Pegawai Khas, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Zulkarnain-Mahdar,-DAP,-Lim-Kit-Siang
PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Pegawai Khas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali berhubung isu tawaran RM1.2 bilion dan pembinaan kem tentera Israel.
Pengerusi Pakatan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pro Barisan Nasional, Zulkarnain Mahdar berkata, maklumat yang diberikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki sebelum ini diambil daripada kenyataan yang pernah dibuat oleh Mohamed Razali sebelum ini.
“Sepatutnya Lim Kit Siang dan DAP menyaman Mohamed Razali serta membuat laporan polis kerana memfitnah dan bukannya meminta bukti daripada Pro BN termasuk Dr Zuhdi,” katanya dalam kenyataan yang dipetik dari sebuah laman portal.
Zulkarnain berkata demikian mengulas kenyataan Lim Kit Siang yang mendakwa pendedahan dibuat oleh pihak berkenaan berhubung perkara tersebut berbaur fitnah terhadap DAP dan meminta agar mereka membuktikannya.
Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, Pakatan Pro BN telah membuat laporan polis terhadap parti DAP selepas terbaca pendedahan yang dibuat Dr Mohd Zuhdi mengenai tawaran RM1.2 Bilion dan pembinaan kem tentera Israel sekiranya DAP berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.
“Pro BN yakin Mohamed Razali tentunya mempunyai asas untuk menyokong tuduhan terhadap DAP berhubung sumbangan RM1.2 Billion dan pembinaan kem tentera Israel sebelum ini.
“Pro BN juga menyelar sikap Lim Kit Siang kerana mengamalkan sikap `double standard’ apabila ianya melibatkan agama Islam,” tegasnya.

1 comment:

  1. omno bersikap apa terhadap agama Islam selama ni
    ada tolak ada setuju itu macam ka omno
    sibuk pasai puak kapir yang dah jelas sikapnya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa