Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 3, 2016

Kezaliman UMNO: Nik Abduh bukan lupa tapi tak pernah merasa!

Lupakah Nik Mohamad Abduh pada kezaliman Umno?
 | ARIF ATAN
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz FadzilTimbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz FadzilDakwaan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kononnya era parti itu melawan Umno dengan emosi dan amarah telah berakhir mengundang persoalan sejauhmana beliau mungkin lupa pelbagai bentuk penindasan rejim Umno selama ini.
“Lupakah beliau (Nik Abduh) pada kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz bahawa jangan berikan tongkat pada Umno? Lupakah beliau pada kezaliman Umno menafikan hak royalti minyak pada rakyat Kelantan? Lupakah manipulasi Umno pada hudud?” soal Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil.
Menurutnya, PAS mendapat sokongan rakyat kerana berjaya mendedahkan kezaliman dan penyelewengan Umno-BN seperti dibuktikan melalui pencapaian paling cemerlang PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008 dengan masing-masing meraih kemenangan 43 dan 34 peratus kerusi yang ditandingi.
“Sebaliknya, sekarang rakyat sudah muak dengan Umno-BN kerana penyelewengan dan kegagalan mempedulikan rakyat tetapi PAS boleh pula memilih pendekatan nasihat yang ternyata membantu memanjangkan hayat Umno-BN,” tegas Faiz ketika dihubungi Malaysia Dateline, malam tadi.
Menyifatkan Nik Abduh sudah sanggup ditipu oleh Umno, anak mantan Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor (1989-2002) itu berkata usaha PAS dalam menegakkan keadilan sebelum ini adalah berpandukan tuntutan Islam.
“Saya tidak nampak pendekatan (PAS) dahulu berbentuk emosi dan amarah, tetapi adalah pendekatan mengikut syarie dan perjuangan anbiya. PAS menentang kezaliman bukan berdasarkn emosi tetapi fakta. Apakah rasuah itu emosi atau fakta?” bidasnya lagi yang juga merupakan peguam itu.
Dalam hal berkaitan, Nik Abduh dalam status Facebook yang dimuatnaik semalam berkata, “Telah berakhir dalam PAS era melawan Umno dengan emosi dan amarah. Bermulalah melawan Umno dan semua pemuka kemungkaran dengan ilmu, iman dan kematangan.”
Menurutnya lagi, “itulah penambahbaikan dalam PAS melalui proses tajdid yang dituntut oleh ugama. Dengannya PAS akan lebih kuat dan lebih bersedia memimpin negara.”
Kenyataan Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat sejajar dengan reaksi positif Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tawaran kerjasama yang dihulurkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno akhir tahun lalu.
Status yang dimuat naik Nik Abduh di dalam facebooknya yang mendapat cemuhan daripada netizen.

Facebook Nik Abduh diserang cemuhan
Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline di Facebook Nik Abduh awal pagi ini mendapati status kontroversi berkenaan terus diserang lebih 200 cemuhan daripada orang ramai dengan sebahagiannya turut mendapat banyak ‘like’ pembaca lain.
Antaranya, Siti Fauziah Ali meninggalkan komentar, “Tapi dengan Mat Sabu, Sallehuddin Ayub dan Khalid Samad tiada pula guna ilmu dan kematangan ye?” manakala Umar Abd Aziz berkata, “Tak kena kurung penjara dengan Umno lagi bolehlah cakap macam tu, nanti kena kurung baru nak emosi kot.”
Menurut Abdul Razak Nordin, “Jangan kerana gencatan senjata sampai lupa nak tuntut royalti minyak. Hudud dah kena tipu. Jangan sampai kena tipu lagi. All the best.”
Mengambil iktibar situasi terpinggir PAS selepas menyertai kerajaan campuran bersama Umno yang membawa kepada pembentukan Barisan Nasional pada 1 Jun 1974, Dato’ Hilmi pula menulis, “Zaman PAS kena kencing macam zaman Dato’ Asri dah bermula. Kipidap dongibab.”
Kritikan netizen di Facebook Nik Abduh turut mengaitkan sejarah kezaliman Umno di sebalik peristiwa berdarah Memali, Baling di Kedah pada 1985 serta kes penahanan tanpa bicara, ISA sebelum Najib mengumumkan pemansuhannya pada 2011.
“Betul tu Ustaz (Nik Abduh). Darah merah yang pernah membasahi bumi Memali dulu telah pun kering. Mungkin juga anak bini tahanan ISA dulu dah memaafkan pemerintah yang memenjarakan orang yang menjadi tempat mereka bergantung tanpa disabitkan bersalah,” ujar sinis Zulkifli Mat.
Bagi Farihan Irfan pula, kenyataan Nik Abduh itu memalukan memandangkan PAS sakan bergasak dengan rakan tahaluf siyasi serta label dan menjebonkan dengan rakan seusrah tetapi PAS terhegeh-hegeh mahu jadi penasihat kepada musuh iaitu Umno-BN.
“Tuan (Nik Abduh), tak perlulah berbaik dengan pemeras rakyat, penuh muslihat dan kuku besi. Kami terseksa dengan GST, tarif elektrik, harga barang naik, siaran berita penipu, pendatang asing dan lain-lain.
“PAS ada pengikutnya tersendiri, tak perlu bergantung dengan Umno dan BN. Kami mahu tukar pemerintah sekurang-kurangnya satu penggal. Saya tetap sokong ABU (Asal Bukan Umno),” tegas Fatimah Shafinaz Ahmad pula.

4 comments:

  1. akan sampai satu zaman yang memerintah kamu wanita,pondan dan kanyaq

    ReplyDelete
  2. Haha. Aduuuhh. Komen Abduh. Cuba tanya pak mertua hj. Fatah. Tentu dia tk setuju. Aduuuh. Cuba tanya abg dia nik adli yg kena isa 4thn zaman paklah hadhari. Nik abduh setakat keypad warrior boleh lah. Nk debat jauh sangat. Malang pas bole ketua pemuda lagu ni. Walaun 100% to hj hadi. Sekian. Mohon komen jika ada.

    ReplyDelete
  3. Kanyaq tu apa bro?

    ReplyDelete
  4. I am regular visitor, how are you everybody?
    This article posted at this site is truly pleasant.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa