Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 1, 2016

Jasad isteri U-Wei yang hilang seminggu ditemui

Jasad isteri U-Wei yang hilang ditemui di pantai Amerika Syarikat
TMI - Published: 31 January 2016 7:45 PM

Isteri kepada pengarah filem tersohor tempatan U-Wei Saari, Diana Gail Saari, 62, ditemui mati di sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat Jumaat lepas setelah 7 hari dilaporkan hilang.

U Wei atau nama sebenarnya Zuhir, dalam responsnya kepada Bernama melalui Whatsapp, enggan mengulas lanjut dan hanya mencatat: "Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang yang beriman."

Sebelum itu, pada Rabu lepas U-Wei dalam catatan di laman Facebooknya menulis: "i love you usah (gail)."

Status berkenaan dipenuhi dengan ucapan takziah sejak semalam daripada kaum keluarga dan rakannya termasuk Sabri Yunus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Manan.

The San Francisco Chronicle melaporkan jasad Gail dijumpai  Unit Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan) selepas dilaporkan hilang lebih seminggu. – Bernama, 31 Januari, 2016.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa