Pas Selangor tetap pendirian, enggan kerjasama Umno
RAZIATUL HANUM A.RAJAK - 5 JANUARI 2016
GOMBAK - Pas Selangor hari ini sekali lagi menyatakan pendirian tegas bahawa tidak akan berlaku sebarang gabungan antara parti itu dengan Umno.
Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata demikian ketika diminta mengulas terhadap kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE).
"Pas Selangor akan terus menjaga kebajikan semua rakyat yang mana Umno telah gagal melaksanakannya," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Sinar Online, hari ini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, kaji selidik IDE mendapati kerjasama Umno-Pas tidak akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Veteran Umno: Kaji selidik IDE berat sebelah]
Malah dikhuatiri juga kerjasama itu menyebabkan perpecahan susulan kemarahan penyokong Pas terhadap Umno masih menebal.
Cakap-cakap tentang kerjasama Umno-Pas hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Tun Najib Razak menghulurkan tali silaturahim kepada Pas di hadapan ribuan penyokongnya pada Perhimpunan Agung Umno, bulan lalu.
Kelmarin, Pas mengesahkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu taklimat khas Sabtu ini bagi menerangkan isu kerjasama dengan Umno kepada pemimpin-pemimpin parti tersebut.
Mudah saja
ReplyDeleteTanya mamat ini
ADA MASYOOOOKKKKKKKKKK ???
Kalau diam senyap saja , maka si SOTONG makan sorang lah
Kan ada BILYON BILYON
Ekonomi jatuh ini lagi lah penting MASYOOOOKKKKK dari jual agama
Ada Pak Lebai kaya kaya ke jadi Ulamak
Abe
ReplyDeleteKalau HH isytihar kerjasama rasmi PAS-UMNO dalam taklimat 9hb ni - PAS Selangor kira dah berkuburlah. 15 kerusi sekarang kira hilanglah dalam PRU 14 nanti. Dun Bangi pun kalah juga.
Berdasar kajian IDE, perpecahan besar-besaran akan berlaku didalam PAS. Satu kebaikan drp keputusan ini ialah ia akan membatalkan baiah itu sendiri, hatta di Kelantan. Wakil2 rakyat Kelantan boleh isytihar masuk Amanah kerana tujuan baiah itu sendiri bertujuan untuk mengelak kelantan jatuh kpd UMNO.
Bila PAS-UMNO bekerjasama, Kerajaan PAS Kelantan tidak wujud lagi kerana UMNO akan diberi beberapa kerusi Exco.
Sembang kencang... kalau Mullah Hadi setuju kerjasama..semua ikut. Pigidahhhhh.. ingat Ding Ayang nak lps jawatang kat Perangsang cam tu jer ka???
ReplyDeleteKalau PAS bekerjasama dengan DAP, Amanah dan Yahudi baru dikira kerjasama macam biasa, kalau dengan UMNO lain macam jer, betul tak admin mountdweller?
ReplyDelete
ReplyDeleteYahudi lagi baik dari UMNO.
Wanita Nombor satu Israel disiasat oleh pihak berkuasa kerana salah guna kuasa...
ReplyDeleteHj Hadi tak kata gabung.. Jangan lah nak berhelah beracun..
Tetapkan kerjasama dalam bentauk bagaimana? Bergabung dengan Kerjasama perlu di perjelaskan..