Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 6, 2016

Napelaa.....sekarang ni ramai Pemimpin PAS mamai, tu.....Amanat Banggol Peradong tu apa?

Dah naik meluat, nak muntah dah baca statements puak-puak mabuk ni.
Sorang kata lain, sorang lagi kata lain lagi. Memang melalot tak boleh pakai!

Dulu Mahathir kata yang tinggal dalam UMNO hanya puak-puak bodoh.......tapi sekarang dalam PAS juga berlaku perkara yang sama!

Pas tak pernah hukum pimpinan Umno termasuk Najib
NIZAM ZAIN - 6 JANUARI 2016
SHAH ALAM - Pas tidak pernah menghukum pimpinan Umno sama ada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun pemimpin terdahulu.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan berkata, kerjasama antara dua parti Melayu Islam itu perlu berlandaskan kepada Islam dan bukannya perkauman.

"Masalahnya bukan nak hukum sesiapa, soal hukum itu tak berbangkit, kerjasama itu mesti dibina atas dasar yang betul, kebaikan dan kebajikan rakyat.

"Bukannya atas dasar perkauman, permusuhan dan perkara-perkara yang boleh mencetuskan dosa (kerana) setiap seruan bekerjasama itu mesti hanya untuk Islam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya pada Ahad lepas bahawa tidak adil untuk menghukum pentadbiran Najib kerana dosa pemimpin terdahulu kerana kegagalan kerjasama Umno-Pas.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan hukum Najib kerana dosa pemimpin terdahulu

Fathul Bari berkata sekalipun tidak bersetuju dengan kerjasama itu, pemimpin Pas tidak sewajarnya menghalang usaha ke arah kebaikan itu demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Nasrudin juga berkata, jika kerjasama itu demi atas kepentingan politik dan kebendaan, kelak umat Islam akan bergaduhan antara satu sama lain.

"Tak mungkin boleh bersatu atas faktor kebendaan, politik atau perkara lain (kerana) manusia akan bercakaran dan saling mendahulukan kepentingan masing-masing," ujarnya.

Nasrudin berkata lagi, bagaimanapun kerjasama itu tidak boleh digunakan dalam semua perkara.

"Dengan Islam saja boleh satu padukan, semua pihak tak kira parti, individu atau tokoh mana.

"Tak boleh kerjasama itu atas dasar perkara yang boleh mendatangkan dosa, maksiat, mungkar, untuk saling bermusuhan, berpihak perkauman dan rasis," katanya lagi.

10 comments:

  1. admin nak suruh dia cakap macam mana..? macam kehendak admin..? admin sape...? dan admin ni beragama Islam ke beragama buddha..? Itulah salah satu dari pendirian Islam disampaikan dalam satu cara .....orang lain akan sampaikan dengan cara lain......admin yang bodo....!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu lebai mangkok kata harus bekerjasama dgn china DAP untuk memperjuangkan kebajikan rakyat. Maka China Hindu pun pikul bendera PAS ke hulu ke hilir dan lahirlah cogankata PAS FOR ALL.
      Lepas tu bila DAP tegur hadi sotong kerana sering benar berubah pendirian dan kerap sabo rakan2 dalam PR, muncul tukang karut lebai-lebai mangkok separuh tiang mengutuk DAP dan menjilat jubur pemimpin umno pula.
      Kini PAS FOR ALL sudah mampos tinggal PAS for Pak Lebai. Golongan professional Melayu Islam dalam PAS pun dihalau keluar. Bila orang keluar lebai separuh tiang bertukar jadi lebai gila.....meroyan tak habis-habis dan memanggil mereka pengkhianat. Tugas baru lebai mankok sekarang ialah mengorek hadis-hadis yang boleh menghalalkan perselingkuhan dengan rejim korup umno atas nama Islam. Pandai sungguh ustazustaz sume jual Islam ye...ini ulamak ke biawak lidah bercabang?

      Delete
  2. Ape sal kau marah admin bro.? Betul le admin laporkan tun ada cakap yg bodoh saja dok dlm Umno. Tapi sekarang ni yg tolol Dan bengap saja ada dlm Pas pula bro. Akai mau ada la bro.

    ReplyDelete
  3. Budak BAHALOL dalam PAS tak akan habis

    Tengok muka pon sudah tahu

    Dari SOTONG ke PATIN , LOL TETAP LOL

    Nasib baik CINA INDIA tak masok PAS

    Kalau semua ada , jadi macam BOXSHIT KUANTAN gaya nya

    Bodoh punyea Bodoh

    ReplyDelete
  4. Dgn amanah x plak nak guna cara tu. Nape ye. Berpilih pilih lak mcm amanah tu x islam. Klau yg ngaku ulamak pun x bersikap adil maka patut la ramai yg membenci ulamak.

    ReplyDelete


  5. Bukan kah PAS menghukum mengikut hukum yang di tetapkan Islam. Kalau rasuah dan tidak amanah dalam Islam perbuatan keji dan hukumnya dosa yang makan rasuah akan telan bara api neraka sehingga meletus segala isi perut nya berbau busuk...

    "Tak boleh kerjasama itu atas dasar perkara yang boleh mendatangkan dosa, maksiat, mungkar, untuk saling bermusuhan, berpihak perkauman dan rasis" Apa yang baik nya pasal UMNO yang boleh kan PAS berkerjasama dengan UMNO ?


    ReplyDelete
  6. Nampaknya wan rosli dah muncul..

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya ramai pengikut PAS masih berfahaman PAS itu adalah Islam. Dengar sini NGok...PAS adalah sebuah parti politik berlandaskan Islam tapi bukanlah hanya PAS yang mempunyai hak eksklusif terhadap Islam .Jika AMANAH mahu tubuhkan sebuah lagi parti Islam, PAS tak boleh larang atau buat fitnah serta tuduhan bahawa parti lain semua sesat. Kerana hanya Allah tahu siapa yg benar siapa yang salah, mana satu ulamak tulin, mana satu yg betpura-pura di sebalik jubah serban....siapa yang iklas siapa penipu bertopengkan kopiah putih...siapa yg berdahi hitam kerana khusuk solatnya dan siapa yg berlumba-lumba hantuk dahi sampai blue black supaya dilihat warak.
    Di Indonesia ada 2-3 parti Islam...depa tak kutuk mengutuk satu sama lain. Di India, Bangladesh pun sama....
    Kalau parti PAS nak merendek dengan HAMNO kerana kononnya mereka Melayu Islam....silakan. Yang ditegur kenapa nak berbaik baik dengan sebuah parti yang penuh dengan penipuan, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, tipu royalti dsbnya...ooo..lupa.....NAK JAFI PENASIHAT!
    Penyamun balak nak menasihati perompak tegar supaya kembali kepada Islam dan membalak bersama ulamak....

    ReplyDelete
  8. anon 6.51..terbaik la..ramai yg faham tp buat2 tak faham..islam bukan pas dan pas bukan islam..

    islam ugama allah untuk semua manusia..
    pas hanya parti politik berlandas kan islam
    salah ke amanah juga nk jadi parti politik berlandas islam?

    ada mata tengok..afa telinga dengar..ada akal.fikir..
    pilihan di tangan masing masing. tak payah nk memburuk buruk kan antara satu sama lain.
    buat yg terbaik. ikhlas.pasti ia akan jadi parti pilihan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa