Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 8, 2016

PKR akan tetap sayangkan Pas

ATIRAH HASLI - 7 JANUARI 2016
SHAH ALAM – Pas tidak akan ditolak ke tepi oleh PKR meskipun parti itu akan bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, senario Pas dan PKR tidak akan berubah dan kekal seperti biasa kerana Pas mempunyai kelebihan tersendiri.

“Senario Pas di Selangor akan kekal seperti biasa. Dalam masa sama, Pakatan harapan akan berjalan seperti biasa.

“Pengaruh Pas di negeri Selangor sangat kuat. Itu adalah kepentingan bagi PKR.  Dan sebab itulah PKR masih sayangkan Pas,” katanya kepada Sinar Online.

Pakatan Harapan mengumumkan untuk menandatangani perjanjian bersama pada Sabtu ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perjanjian tersebut akan memberi fokus kepada  perkara-perkara utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik yang mampan antara ketiga parti.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan tandatangan perjanjian Sabtu ini]

Muhammad Shamshinor yang juga merupakan Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor berpendapat, PKR akan tetap melindungi Pas daripada serangan bertali-arus DAP seperti sebelum ini.

“Pas mendasari Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Azmin Ali. Azmin akan bijak bermain (dalam percaturan Pas dan Pakatan Harapan).

“Azmin akan tetap jaga kedua pihak kerana semua ada kepentingan,” katanya lagi

# berita selepas: Apa bentuk kerjasama Pas-Umno?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa