Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 7, 2016

Riak menimpa serban: Inilah perangai orang baru dapat kemewahan!

“Malulah pada ustaz Umno,” kata netizen kepada ustaz PAS
 | ARIF ATAN
Status Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang di daalam laman Fb mengundang kritikan netizen

Tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik memuat naik foto dua unit kereta mewah miliknya yang dipanggil ‘kuda’ di Facebook beliau mengundang kritikan umum termasuk membandingkan sikap pemimpin kontroversi itu dengan golongan agama di pihak Umno.
“Geng-geng ustaz Umno pun tak buat camtu. Tak malu dengan kami yang hina ni takpa la. Malu la sikit dengan ustaz Umno. Depa (Umno) tak buat camtu pun. Relax je la. Chill. Tak payah post orang tau la kereta semua kena servis. Motor Kriss pun kita servis. Semua tau tu,” kata Koba Beckquer.
Foto berkenaan mulanya dimuat naik pada 17 Disember lalu dengan hanya lebih 10 komen setakat tengah hari tadi, bagaimanapun menjadi viral selepas Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak mengongsikannya di Facebook beliau kira-kira jam 5.30 pagi tadi.
“Ulama duniawi. Dua biji kereta mewah ini mampu perbaiki lebih daripada 10 biji rumah rakyat miskin. Nak berdakwah naik kereta Wira pun ok. Ulama mana boleh riak dengan kebendaan. Nak habaq (beritahu) yang tu,” ujarnya yang memakai nama ‘Leman Raja Lawan’ di laman sosial itu.
Mendapat 329 ‘likes’ dengan lebih 230 komentar sepanjang tempoh itu, polemik hangat dalam kalangan netizen saling berbaur antara pro dan kontra termasuk sindiran seperti, “Tak sangka tar snake (Mokhtar Senik) pun suka menunjuk,” dari Ahmad Fazley.
“Tu dia. Murah rezeki dia berdakwah. Amin. Semoga Tuhan bagi jet peribadi pula lepas ni. Bolehlah ustaz pi (pergi) berdakwah seluruh pelusuk dunia. Aummm,” perli Benz Rahman.
Pengguna Facebook, Zach Yahya pula menulis, “Tu yang berbulan-bulan mangsa banjir bawah PAS dok dalam khemah. Tak mampu sediakan rumah sebab tengoklah pemimpin mereka macam mana.”
Sementara itu, sindir Muhammad Azri, “Fuuyooo. Lepas ni mungkin boleh saing dengan Dato’ Vida” manakala Hafifuddin Hassan meninggalkan ulasan, “Riak yang mengikut syariat.”
Ramai juga netizen menganggap golongan ustaz dalam PAS pada masa ini hidup mewah hasil apa yang didakwa mereka sebagai ‘menjual agama’.
Antaranya, Shuib Hanafiah berkata, “Perjuangan adalah jihad, derma adalah jihad akhirnya pedagang agama juga yang senang”, demikian juga ujar Urang Areng, “Tahniah la.. Ustaz-ustaz PAS dah kaya-kaya sekarang. Join PAS pun setelah PAS berada di kemuncak.”
Selain itu, Joey Zainol dan Ibn Hurairah masing-masing meninggalkan komentar, “zuhud” dan “ulamak mewah!!”
Bagi Mohd Tajudin Haji Shaffee pula, “Kena tunjuk dalaam FB. Kalau tidak orang tak tau kita ada kereta mewah. Itu yang Islam tuntut.”
Orang kaya tumpang pahala ulama
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang menyokong Mokhtar yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu sekaligus tidak bersetuju dengan sikap Leman yang mempertikai pemilikan dua kereta tersebut.
Pengguna Facebook, Tanpa Nama berkata, ada sesetengah orang kaya hendak membuat amal akan menyerahkan kereta lama milik mereka kepada orang lain contohnya golongan ustaz dan ulama yang berilmu tinggi untuk menumpang pahala.
“Ustaz Mokhtar Dup Phg (nama profil di Facebook) ni ada pondok agamanya sendiri, lain pandangan orang terhadapnya bukan sekadar orang politik,” ujarnya sambil menasihati Leman supaya tidak dengki dengan kemewahan Ustaz Mokhtar.
Menurut Imam Mayat, kemewahan bukan terletak pada kereta tetapi rumah kerana kereta semakin lama nilainya semakin jatuh berbeza rumah yang sentiasa meningkat harganya.
Bagi Shariman Iman pula, “Kejaq akhirat dunia datang pada kita. Jangan iri hati dengan orang,” manakala Cermin Hitam berkata, “Biarkan tenaga kuda hitam berehat seketika Ustaz. Banyak berjasa dengan kerja-kerja Islam. Istiqomah hingga kemenangan.”
Mokhtar dalam catatannya di Facebook itu menulis, “Dua-dua kuda hitam masuk bangkel (bengkel) hari... Kedua-duanya mencecah perjalanan 18,000 kilometer sebulan. Keduanya direhatkan sebentar sementara berjadual ke Jakarta dan Riau sehingga hujung bulan.
“Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang tolong dan bantu saya memelihara kedua-dua ‘kuda’ ini demi dakwah dan perjuangan,” ujarnya lagi.

7 comments:

  1. Demi masa.

    Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,

    kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan penuh kesabaran.

    jangan lupa malu lah juga kita pada Allah
    kalau termasuk dalam golongan lepas sembah Allah
    sanggah hukum hukum Allah

    kita pun maseh dalam kerugian jangan cepat perasan

    ReplyDelete
  2. Bebudak Bahalaol belom dapat ujian kemewahan dunia beda

    Bila dapat kemewahan dunia dan juta juta , waduh macam lahanat jugak perangai nya


    Melayu Melayu semuatu pun

    Bahalol

    ReplyDelete
  3. jika jumpa ular dan ularmok katok ularmak dulu

    ReplyDelete
  4. Ustaz sekarang ni ramai sangat yang sesat dan menyesatkan. Masjid Dan surau dijadikan lubuk cari upah. Kononnya jadi imam tapi sebenarnya berlumba tunjuk suara cantik macam musabaqah. Kononnya ajar agama tapi jadi macam jual ubat pasar malam. Sehingga suara mereka kedengaran jauh bergema. Tak kiralah kejiranan terganggu atau tidak asalkan duit upah masuk poket. Bisnes jual agama.. Ustaz macam ini lebih sesat dari shiah atau anti hadis, cuma mereka pandai berselindung. Apa Jakim, Dan badan2 agama lain buat.. Janganlah tunggu orang lapur baru nak ambil tindakan. Ini soal agama. Pantau2 dan Fikir2 la sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu..
      Pas ceramah,jual air jampi kononnya air 30juzuk,kismis penerang hati..
      Yg mana ada nama pulak,buat kem bistari,kem solat dan mcm2 kem,
      Semua cari makan..
      Mcm kapla vut

      Delete
    2. seorg imam di surau tempat aku(k-lim) pun mcm tu. bila dia jd imam, microfon mesti pasang kuat nak bg semua org dengar bacaan dia, terutama maghrib. lps maghrib baca surah pendek kuat2, konon bacaan dia sedap. sifat riak terserlah. ingat riak itu SYIRIK KECIL

      Delete
    3. seorg imam di surau tempat aku(k-lim) pun mcm tu. bila dia jd imam, microfon mesti pasang kuat nak bg semua org dengar bacaan dia, terutama maghrib. lps maghrib baca surah pendek kuat2, konon bacaan dia sedap. sifat riak terserlah. ingat riak itu SYIRIK KECIL

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa