suarakami
Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
Rosmah guna ilmu sihir untuk menundukkan suaminya, Najib, kata Deepak.
Rosmah guna ilmu sihir untuk menundukkan suaminya, Najib, kata Deepak.
“Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi ‘menundukkan’ suaminya, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak juga mengakui bertanggungjawab membayar dan membawa bomoh berkenaan untuk bertemu Rosmah apabila diminta berbuat demikian.
“Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada,” katanya.
Beliau berkata, Rosmah juga menggunakan bomoh berkenaan untuk ‘menundukkan’ sebahagian pemimpin Umno BN yang dirasakannya perlu bagi kepentingan sendiri.
“Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan,” katanya tetapi enggan menjelaskan butiran lanjut.
Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya.
Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai ‘kakak’ bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul ‘Black Rose 2.0: Black Magic Women.’
Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam.
“Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan,” kata Deepak.
Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta supaya Najib tidak melayan pendedahannya, Deepak berkata:
“Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan. Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu,” kata Deepak.
Ini bila punya berita@citer? Bulan citer lama dulu lebih setahun lepas waktu tu Deepak bising2 bila business dia drop dan pihak Najib/Rosmah terus bagi kemudahan dlm pinjaman dari dari Bank Rakyat yg menjadi isu pastu dan Deepak terus diam. Atau berita terbaru dari Deepak sbab Najib/Rosmah xlayan dia lagi?
ReplyDeleteWow. Ini berita baru ke? Atau kitar semula? Kalu berita baru mesti meletop. I love Deepak. Tp jgn le marah krn tk dapat kontrek. Haha
ReplyDeleteDh xde hasil baru nak bukak mulut. Biasalah tuuu..
ReplyDeletePerangai Koliang....dulu dapat habuan bukan main sayang dia kepada Kakak Rosmah. Sekarang kak Ros dah tak mahu masuk campur dlm kes Ketua Betina UMNO Selangor tipu dia, mulalah buka cerita lama. Dah kena dah.... penyangak tipu penyamun kata p. romlee.
ReplyDeleteApa pun kita nak dengar juga cerita kak Mah main bomoh-bomoh ni....dengar kata siap mandi susu sekali....mcm dewa dewi hindu la pulak....