Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 9, 2016

Tiga Bola Besi dari angkasa jatuh di Vietnam

Tentera Vietnam Siasat Misteri 'Bola Angkasa'
Posted by Kita Bantai
Gambar yang diambil pada 2 Januari lalu menunjukkan sekumpulan pegawai tentera memeriksa sebiji bola logam yang jatuh di wilayah Tuen Quang. Foto AFP

HANOI: Tentera Vietnam sedang menyiasat misteri tiga bola logam, dipercayai merupakan serpihan dari angkasa yang jatuh di utara negara itu, kata seorang pegawai kanan tentera pada Jumaat.

Jurucakap tentera, Leftenan Jeneral Vo Van Tuan memberitahu AFP bahawa dua bola logam ditemui di barat laut wilayah Yen Bai pada 2 Januari lalu.

Tambahnya, sebiji bola lagi bersaiz lebih besar dengan berat kira-kira 45 kilogram jatuh di ladang jagung di wilayah Tuyen Quang. 

"Kita masih mengenal pasti  dari mana ia datang," katanya, sambil menambah bahawa pihak tentera telah menentukan bahawa ia tidak mengandungi bahan letupan atau berbahaya.

Beliau berkata, kesemua bola logam itu jatuh dari langit sehingga ia membimbangkan penduduk tempatan.

Saksi memberitahu media tempatan bahawa mereka mendengar bunyi seperti guruh sebelum bola-bola berkenaan jatuh ke bumi.

Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan mengumumkan hasil siasatan. - AFP

6 comments:

  1. Rezeki Vietnam tu

    Logam BESI macam ini tak cemar sungai laut

    Kira untong lah

    ReplyDelete
  2. Mujur juga bola besi itu tidak jatuh kat Rusila. Tak fasal-fasal nanti dituduh pula Mat Sabu atau Guan Eng punya angkara. Ulama kaki fitnah mesra UMNO ni, bukannya boleh dipercaya sangat!

    ReplyDelete
  3. "Bola Barua" yg keluar dari mulut tok lebai kat msia lagi bahaya drp bola besi yg jatuh di vietnam.

    ReplyDelete
  4. Duit derma 2.6 bilion kalau jatuh hempap kepala boleh menyebabkan kita terus padam.

    ReplyDelete
  5. jatuh kat rusila pun tak pe. serban lima kilo boleh protect. wakakak

    ReplyDelete
  6. Aik!!! Ulamak mana la pandai buat fitnah, krn mereka bukan diajar memfitnah orang!!

    Yang pilkuda, barua dan tolol tu dpt ilham dari langit, mcm jugok bola besi tu jatuh. Hehehe

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa