Pelawok - bohong
Atau memang perangai pemimpin PAS jenis belit!
PAS larang ahli sertai program AMANAH, DAP
PAS mengeluarkan arahan melarang semua ahlinya daripada menyertai mana-mana program Parti Amanah Negara (AMANAH).
Perintah itu dikeluarkan kurang dari dua minggu selepas bekas naib presiden parti berkenaan, Datuk Husam Musa, menghadiri - dan beucap - dalam program Makan Malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya pada 1 Januari lalu.
Menurut surat yang dikeluarkan atas nama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan, jika ahli parti masih mahu menyertai program AMANAH atau DAP, mereka mestilah mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pusat PAS.
Surat berkenaan bertarikh 8 Januari.
Arahan berkenaan ditujukan kepada setiausaha perhubungan PAS negeri dan dewan-dewan peringkat pusat untuk disampaikan kepada ahli di peringkat bawah.
"Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti AMANAH dan DAP di semua peringkat.
"Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Pusat PAS sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari AMANAH dan DAP)," pekeliling itu dipetik.
Nanti keluar pulak arahan Semua ahli2 PAS digalakkn menyertai program2 anjuran parti UMMO atau mana2 program anjuran parti komponen BN.
ReplyDeleteYg dekat selangor tu dah dpt kebenaran jawatankuasa pas pusat ke?
ReplyDeleteSbb aktiviti politik harian melibatkan pan dan dap..
Hadi marang bermukah dgn umno mmg jawatankuasa pas pusat beri kebenaran ke?
Inilah keadilan isle cara pas(sebut hampas)
Aku ni cuma tukang pacak bendera masa mengundi...
ReplyDeleteHmmmm.....
Kena juga ke minta kebenaran bertulis kalau nak gi program Amanah?
Berapa lama baru dapat jawapan dibenarkan/dilarang?
Kalau kita pegi jugak....amacam? ada Jebon tunggu kat ceramah ke?
ReplyDeleteKita ahli pas tk walaun buta. Kita punya suka lah nk pi program pan dap bn atau tidor je. Pas dah menuju cara komunis. Jd hampas. Kenapa pas tk jaga kebajikan ahli. Misalnye pi klinik bole claim. Anak masuk u dpt rm4000. Bakal pengantin dpt rm5000. Bantuan sekolah rm500. Baru berduyun pakat masuk pas. Ini hampass terhempas
ReplyDelete