Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 3, 2017

Bengong doh puok-puok ni......kalau terlaksana, pindaan ini untuk orang PAS sajakah?

Parti lain jangan ‘sibuk’ hal Pas
SITI FATIHAH AWANG - 3 APRIL 2017
Nor Azariza Mohd Alawi

KOTA BHARU - Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dinasihatkan tidak 'menyibuk' hal parti lain, terutamanya urusan Pas dalam meminda RUU 355.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, tindakan ‘masuk campur’ urusan atau hal parti lain adalah tidak manis dan tidak sepatutnya dilakukan bekas pemimpin Pas itu.

“Jangan sibuk hal orang (Pas). Jaga parti sendiri dulu. Urusan itu (pindaan RUU 355) adalah hak orang Islam. Sepatutnya beliau kena fikir lebih jauh, apa sumbangan Amanah untuk perkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. Apa peranan ahli parlimen mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas kenyataan Salahuddin yang didakwa membayangkan usaha Pas untuk meminda RUU 355 semakin sukar, malah tindakan kerajaan tidak mengambil alih pembentangan usul menjadikan hasrat parti Islam itu hampir mustahil berlaku.

[ARTIKEL BERKAITAN: Usaha Pas pinda RUU355 semakin mustahil]

Azariza berkata, Pemuda Pas Kelantan masih optimis dengan usaha tersebut, malah bersedia mental dan fizikal dalam setiap keputusan yang akan dibuat kepimpinan tertinggi berhubung perkara itu.

Malah Exco Pemuda Pas Pusat itu memberitahu, tindakan parti lain yang cuba melemahkan semangat Pas untuk melaksanakan pindaan tersebut seharusnya dilihat lebih jelas oleh semua pihak.

“Kita tidak sepatutnya berkata begitu, ini usaha Pas. Jangan campur hal kita. Kita pun tidak campur hal mereka. Ini untuk orang Islam sahaja, jangan cuba kelirukan pemikiran rakyat dengan pandangan negatif sehingga boleh menghakis kefahaman mereka terhadap pelaksanaan RUU ini,” katanya.

* Dia ingat bila dibahas dan diundi, boleh menang hanya dengan undi MP PAS sajakah?

7 comments:

  1. jadi sepatutnya semua umat islam sokong RUU 355 ni, bukankah bersatu dalam urusan kebajikan umat islam dan dalam mempertingkatkan ketaatan kepada Allah sesuatu yang dituntut

    ReplyDelete
  2. kalau nak menyebok hanya untuk menyusahkan dan menambahkan kesulitan lebih baik si penyebok tu dok diam-diam dan jangan menjadi tali barut orang kafir yang menentang syariat Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata suruh orang sokong tapi bila tanya kata pula menyebuk? RUU355 untuk PAS dan ahli-ahlinya sahaja kah?

      Delete
    2. Bila lebai/kopiah/serban dan tolol berpisah tiada. PAS For TOLOLS. Full stop.

      Delete
    3. Bila lebai/serban/kopiah dan tolol berpisah tiada. PAS For All TOLOLs

      Delete
  3. ruu 355 bukanlah undang undang islam, ia adalah undang ciptaan manusia dijenamakan dengan islam , meminjam bidalan daripada naib ulama sedunia jika beruk dipakaikan dengan baju yang cantik ia tetap beruk takkan jadi manusia

    ReplyDelete
  4. Dulu kata nak laksana hudud. Kenapa skg jadi pinda RUU pulak. Dah tu skg kata utk org pas aje pulak. Org lain tak bolih nyebut.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa