Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 1, 2017

Cakap-cakap puak belukang di bawah jamban!

Tiga exco PAS tetap kekal dalam pentadbiran Selangor - Iskandar
Mac 31, 2017 15:08 MYT
Tiga exco PAS tetap kekal dalam pentadbiran Selangor - Iskandar
ISKANDAR:" Saya ikut arahan presiden parti sebab kita hanya ada satu presiden sahaja... buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti biasa." - Gambar fail
SHAH ALAM: Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) selagi tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ketiga-tiga mereka termasuk dirinya juga akan menunggu keputusan muktamar PAS bulan depan, sebelum memutuskan langkah seterusnya.

"Saya ikut arahan presiden parti sebab kita hanya ada satu presiden sahaja... buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti biasa," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.
Selain Iskandar, dua lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS ialah Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Hubungan antara PAS dan PKR tegang susulan ada cadangan daripada beberapa PAS kawasan yang menuntut pucuk pimpinan memutuskan kerjasama dengan PKR selepas parti itu bertegas untuk menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP.

Media sebelum ini melaporkan isu kerjasama politik antara kedua-dua parti terbabit akan dibawa ke muktamar PAS pusat yang dijadualkan 27 April hingga 1 Mei ini.

Mengulas perkembangan lain, Iskandar berkata keputusan kerajaan persekutuan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat tidak menjejaskan semangat parti itu untuk meneruskan pembentangan RUU tersebut.

"Kita akan tetap teruskan... ini inisiatif kami, kita yakin ia tetap akan dibentangkan oleh presiden parti (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," kata Naib Presiden PAS itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu lepas mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.

RUU 355 itu diusul buat kali pertama di Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan dibuat sekali lagi pada 24 Nov tahun lepas oleh Abdul Hadi. -- Bernama

* Jenis muka tak tahu malu. Dah macam-macam kata berhamburan keluar tapi masih tetap berkeras kerana kuasa dan kerusi maruah letak di sisi!

1 comment:

  1. Memang tiga EXxco dari PAS khasnya dan pemimpin tertinggi PAS amnya tiada harga diri dan telah hilang kemaluan mereka dengan sebab fulus dan ghinamah qarun negeri selangor yang masyuk setriap bulan dik kerana sedikit imbuhan dunia yang mengaku alim pun hilang rasa malu dan harga diri pagi bercakap yang PKR itu tikam dari belakang tengahari cakap PKR tidak tahu berterimakasih petang bercakap yang PKR tak tak tahu kenang budi dan malam bercakap yang PKR adalah rakan kongsi yang dipilih oleh rakyat dan diwaktu dini hari subuh maka berkatalah PAS yang PKR adalah rakan yang enak dipeluk dan didakap hingga siang,itulah hakikat pemimpin PAS Selangor terkini dan pPAS pusat sekarang hanya nampak ringgit saja puih!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa