Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 6, 2017

Lagi 'Tan Sri' kena tahan, yang ini seleweng projek JPS

'Tan Sri' antara lima ditahan disyaki seleweng projek JPS
 April 05, 2017 20:30 MYT
'Tan Sri' antara lima ditahan disyaki seleweng projek JPS
Susulan penahanan ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' itu, Azam (gambar) berkata kemungkinan lebih ramai lagi ditahan dalam masa terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah dalam projek melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Azam Baki berkata Tan Sri berusia 60 tahun itu ditahan di kediamannya di Johor hari ini.

"Selain menahan suspek (Tan Sri), kami juga menahan empat pegawai JPS bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Azam berkata tiga suspek ditahan di ibu pejabat JPS di Putrajaya manakala seorang lagi suspek yang merupakan pesara jabatan itu ditahan di kediamannya di Seremban, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Empat pegawai JPS itu merupakan bekas pengarah Bahagian Projek Khas, jurutera tempatan, jurutera tapak dan penolong jurutera.

Azam berkata kemungkinan lebih ramai lagi ditahan dalam masa terdekat.

Menurut sumber, kesemua pegawai JPS yang ditahan disyaki bersubahat dengan Tan Sri itu yang merupakan pemilik syarikat dilantik untuk membekalkan alat 'geotube' bagi projek JPS, membabitkan kerja pemulihan sungai dengan menggunakan kaedah penggalian.

"Suspek telah mengemukakan invois hampir RM13 juta bagi pembekalan sebanyak 358 unit geotube sedangkan pembekalan yang dibuat hanya sebanyak 89 unit yang hanya bernilai kira-kira RM4 juta.

"Disebabkan perbuatan mereka yang menyalahgunakan kedudukan mereka bagi kepentingan diri sendiri telah mengakibatkan kerugian hampir RM9 juta kepada kerajaan.

Kesemua suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda, mengikut mana yang tinggi. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa