Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 6, 2017

Malaysia tidak perlukan Jet Pejuang tambahan tapi yang mendesaknya ialah pesawat AEWACS

MALAYSIA TAK PERLUKAN JET PEJUANG TAMBAHAN; YANG MENDESAK SEKARANG IALAH PESAWAT AEWACS, DEMI PERTAHANAN NEGARA YANG LEBIH AMPUH DAN UNTUK MENGELAK TRAGEDI MH370 BERULANG

Baru2 ini heboh dikatakan bahawa ada kemungkinan Malaysia akan membeli jet pejuang Rafale buatan Perancis. Tanpa menafikan kehebatan jet pejuang tersebut apa yg perlu ditekankan disini ialah KEUTAMAAN.  

Di ketika negara menghadapi kemelesetan ekonomi antaranya akibat kejatuhan harga minyak yang menyaksikan bajet pertahanan untuk tahun 2017 dipotong sehingga 12 peratus, kerajaan seharusnya lebih berhati2 dalam memilih sistem mana yg patut dibeli dengan mengambil kira kemampuan kewangan negara dan juga keperluan meningkatkan taraf keupayaan aset pertahanan negara.

PEMBELIAN ASET BARU HANYA KERANA NAK MAKAN KOMISEN?

Jumlah pesawat pejuang utama negara sekarang adalah 36 buah iaitu 8 buah pesawat FA-18D Hornet yang telah berusia 20 tahun dan 18 pesawat SU-30MKM yang diterima TUDM bermula 2007.

Persoalannya berapa buah dari keseluruhan 38 pesawat tempur utama ini yang mampu berfungsi atau adakah majoriti darinya tersadai di dalam hangar akibat kekurangan dana untuk membeli alat ganti? 

Semasa pertunjukan udara LIMA baru-baru ini hanya beberapa buah saja pesawat FA-18 dan SU-30 yang kelihatan. Lebih menonjol adalah pertujukan udara dari Korea Selatan dan Russia walaupun Malaysia adalah tuan rumah.  

Tidak dapat dinafikan bahawa jumlah pesawat yang mampu beroperasi pada satu-satu masa adalah merupakan satu RAHSIA BESAR bagi mana-mana negara namun hakikatnya umum mengetahui bahawa kos untuk memperbaiki aset baru adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan kos untuk memperbaiki dan mengekalkan aset sedia ada pada tahap paling hampir kepada 100% (semua pesawat dalam inventori boleh beroperasi ). 

Namun jika di minda pemimpin lebih kepada mencari jalan untuk mendapatkan sebanyak mungkin komisyen kepada syarikat-syarikat milik kroni maka pembelian aset baru sudah pasti akan menjadi pilihan namun yang akan menanggung kerugian ialah negara dan rakyat apabila dana yang terhad tidak dibelanjakan dengan berhemah menyebabkan kerugian dan ketirisan walau kelihatannya ada yang bakal menjadi jutawan baru setiap kali pembelian aset baru dilaksanakan oleh kerajaan. 

Contohnya Abdul Razak Baginda sahabat baik kepada Perdana Menteri Najib Razak yang mendapat kontrak bernilai lebih RM500 juta untuk projek pembelian 2 buah Kapal selam Scorpene.

TRAGEDI MH370 PERKUATKAN LAGI KEPERLUAN UNTUK PEROLEHAN PESAWAT AEWACS

Airborne Early Warning And Control Systems  (AEWACS) atau dalam bahasa melayunya Pesawat Sistem Amaran Awal dan Kawalan adalah pesawat udara yang membawa radar yang besar di atas badannya.  Berbeza dengan radar pesawat tempur yang hanya boleh mengesan sasaran di hadapan, pesawat AEWACS mampu mengesan sehingga 360 darjah di sekeliling pesawat pada jarak yang lebih jauh sehingga ratusan kilometer.  Bukan itu saja ia juga mampu mengesan dan menjejak kapal-kapal laut dengan berkesan menjadikannya aset yang penting bukan saja untuk tentera udara tetapi juga tentera laut.

Jika sekiranya senario seperti kehilangan MH370 berulang kembali maka pesawat terbaik untuk menjejaknya ialah AEWACS bukan saja kerana radarnya yang lebih berkeupayaan tetapi juga tempoh penerbangannya yang lebih panjang sekitar 4-6 jam berbanding pesawat tempur iaitu sekitar 2-3 jam.

SINGAPURA SUDAH ADA AEWACS SEJAK TAHUN 1987

Singapura yang memiliki tentera udara terkuat di Asia Tenggara membeli 4 buah pesawat AEWACS E-2C Hawkeye buatan Amerika pada tahun 1987. Pada tahun 2007 mereka telah menukar pesawat AEWACS mereka kepada pesawat generasi baru yang lebih berkemampuan iaitu 4 buah Gulfstream G550 buatan Israel. 

Persoalannya khusus untuk Menteri Pertahan Malaysia mahukah kita mengaku bahawa Tentera Udara kita ketinggalan lebih 30 tahun berbanding Singapura kerana mereka telah memiliki pesawat AEWACS sejak tahun 1987 lagi sedangkan belum nampak tanda-tanda bahawa kerajaan Malaysia akan membelinya? 

Barangkali ubat terbaik untuk menyelesaikan masalah ini bukan lagi dengan menukar Menteri Pertahanan kepada yang lebih pandai tetapi menukar terus kerajaan yang ada kepada sebuah kerajaan yang benar-benar prihatin untuk meningkatkan keupayaan pertahanan udara negara berbanding kerajaan sekarang yang lebih mementingkan kocek-kocek diri dan kroni.

# BELI SEGERA 4 BUAH AEWACS!!!

HJ ZAIDI BIN AHMAD
(Bekas Mejar TUDM )

*Penulis memiliki lebih 20 tahun  pengalaman sebagai juruterbang jet tempur TUDM termasuk pesawat FA-18D Hornet

#VIRALKAN DEMI NEGARA DAN ANAK CUCU TERCINTA. TKSH

http://malaysianreview.com/175697/malaysia-belum-sedia-beli-jet-rafale-kata-najib/

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa