Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 6, 2017

Pindaan RUU 355: Akan jadi kenyataankah hari ini?

Pas harap pindaan RUU 355 jadi kenyataan hari ini
WARTAWAN SINAR HARIAN - 6 APRIL 2017
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Di sebalik pelbagai andaian, Pas tetap berusaha memastikan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 menjadi kenyataan hari ini.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pindaan itu membolehkan syariat Islam dapat dipraktikkan di negara ini.

“Sekali lagi, debaran negara akan mengiringi hari esok (hari ini), apakah pembentangan pindaan Akta 355 oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui RUU Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 menjadi kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN: RUU 355: Antara pejuang dan petualang]

“Pelbagai pihak tampil dengan pelbagai ramalan. Ada yang menganggap RUU 355 tidak akan dibentangkan esok (hari ini). Pas hanya ditipu oleh Umno dan sebagainya.

“Bagi Pas, apa pun andaian dan ramalan, kami tetap berdoa dan berusaha memastikan Akta 355 ini dipinda sehingga membolehkan syariat Islam dapat dipraktikkan, biarpun sebahagian dalam sistem perundangan negara ini,” katanya dalam catatan di Facebook beliau, semalam.

Nasrudin berkata, beliau berharap ALLAH SWT akan memberi petunjuk kepada semua ahli parlimen dan memberi kekuatan serta kesihatan baik kepada Abdul Hadi untuk membentangkan serta  membahaskan RUU hari ini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa