Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 4, 2017

Premis judi: Ada 'orang dalam' yang lindungi

Premis judi: MPSJ kenal pasti 'orang dalam'
NURUL FARHANA ABDUL MANAN - 4 APRIL 2017
Nor Hisham Ahmad Dahlan

SUBANG JAYA – Tindakan tegas termasuk berdepan hukuman dibuang kerja bakal diambil kepada kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sekiranya didapati bersekongkol dengan pengusaha premis perjudian.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata, pihaknya tidak menafikan perkara itu berlaku namun masih mengenal pasti kakitangan yang terlibat.

"Saya tak nafikan memang ada ‘orang dalam’ yang  bocorkan maklumat sekiranya operasi atau serbuan hendak dilakukan di premis perjudian.

“Kalau kita dapat kesan siapa mereka, tindakan serta-merta akan diambil termasuk dibuang kerja,” katanya.

Nor Hisham berkata, bukan sahaja bersekongkol dengan pengusaha premis perjudian, kakitangan melakukan kesalahan yang melanggar peraturan ditetapkan kerajaan juga boleh dikenakan tindakan.

Katanya lagi, lima kakitangan MPSJ dibuang kerja tahun lalu kerana melanggar tatatertib sebagai penjawat awam termasuk ponteng kerja dan masalah disiplin.

Tambahnya lagi, pihaknya  tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan salah laku atau salah guna kuasa.

“Pada tahun 2015 pula, tujuh orang dikenakan tindakan tatatertib, ini menunjukkan kita serius, kita memang tak tunggu agensi lain kenakan tindakan, jika ada bukti kita bertindak dulu.

“Jika ada mana-mana warga kerja yang menyalahguna kedudukan atau kuasa untuk mengeksploitasi kelemahan yang terdapat dalam prosedur untuk keuntungan peribadi, mereka ini tidak terlepas daripada dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu Nor Hisham berkata, budaya integriti di kalangan kakitangan sudah ditetapkan dalam pekeliling kerajaan.

Beliau berkata, sekiranya pihaknya mengesan ada kakitangan yang mempunyai gaya hidup mewah melebihi pendapatan diperoleh, siasatan akan dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa