Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 4, 2017

Rupanya PAS sudah tidak memperakui yang Mahfuz adalah ahli?

Biar betoi Mahfuz......

Itulah Mahfuz berada di mana? 
Di dalam semacam tidak di luar pun tidak 
Banyak kenyataan dan terguranya menyakitkan hati 'lebai'
Mahfuz lupa, mereka merasakan diri mereka ma'sum!

Saya tak tahu muktamar dibuat hujung bulan ini’
SALWANI MD ZAIN - 4 APRIL 2017
Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, mengaku tidak dimaklumkan tentang Muktamar Tahunan Pas ke-64 yang dijadualkan berlangsung 28 April hingga 1 Mei ini.

Menurutnya, beliau masih beranggapan muktamar tahun ini akan berlangsung pada Jun ini.

“Bila muktamar? Lambat lagi. Bulan enam selalunya muktamar.

"Saya tidak tahu. Saya tidak ada makluman,” katanya kepada media di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Bekas Naib Presiden Pas itu bagaimanapun mengaku beliau masih lagi ahli Pas dan menegaskan hanya akan hadir muktamar pada Jun ini.

“Bulan enam saya akan hadir. Yang lain saya tidak tahu, mana ada?," katanya.

Mahfuz sebelum ini dilihat secara terbuka mengkritik dasar parti dan pemimpin Pas malah beliau juga sering dilihat berada sepentas dengan Bersatu dan Amanah.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Mahfuz diminta letak jawatan, sertai parti lain]

Ekoran itu, beliau turut menerima desakan agar meletak jawatan dan menyertai parti lain daripada terus menjadi 'duri dalam daging' dan mempergunakan jawatannya untuk mengkritik Pas.

Muktamar Pas kali ini akan diadakan di Kompleks Pas, Alor Setar, Kedah.

Persidangan itu akan menentukan hala tuju parti Islam itu dan persiapan ke arah PRU14. Ia akan dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa