Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 7, 2012

Bila Petua Jadi Alat Politik...

Peralat Majlis Fatwa, bukti Najib terdesak – Manuty

(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 7 Mei: Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kian terdesak sehingga sanggup memperalat Majlis Fatwa Kebangsaan semata-mata mempertahankan hayat politik Umno menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
“Adalah jelas fatwa itu semata-mata bertujuan memenuhi kehendak pimpinan tertinggi Umno yang terdesak menggunakan isu Islam dan Melayu bagi survival politik mereka,” kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas pandangan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukur Hussain yang mengharamkan umat Islam negara ini menyertai perhimpunan walaupun bertujuan baik.
Mengenai pandangan Abdul Shukur bahawa umat Islam yang menyertai himpunan Bersih sebagai perusuh, Manuty yakin kenyataan itu berat sebelah dan tidak melihat fakta secara keseluruhan.
“KEADILAN yakin penganjur Bersih 3.0 sejak awal mempunyai tujuan jelas di mana himpunan aman diadakan bagi menuntut pemerintah melaksana pilihan raya secara telus, bebas, bersih dan adil kepada semua parti bertanding.
“Justeru, kewibawaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdepan krisis keyakinan ekoran fatwa yang dikeluarkan ini kerana jelas ia berbaur ‘politik murahan’ dan bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan Sheikh Yusuf al-Qaradawi,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menuntut Majlis Fatwa bersikap adil dengan turut mengeluarkan fatwa mengenai tindakan ganas polis terhadap peserta Bersih dan pengamal media yang turut dizalimi semasa himpunan itu.
Yusuf al-Qaradawi yang merupakan Presiden Persatuan Ulama Sedunia katanya menegaskan, demonstrasi itu harus kerana ia salah satu kaedah membebaskan rakyat dari pemerintah zalim.
“Sesungguhnya peranan jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bertujuan memastikan fatwa dikeluarkan memenuhi ciri kesahihan seperti dikehendaki Islam.
“Iaitu mempastikan fakta diperolehi adalah benar bukan berperasangka buruk (su’al-zann), mempunyai sandaran hukum yang berpaksi kepada al-Quran, Sunnah dan lain-lain sumber muktabar dan adil,” kata bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa