Bangsat sangatkah Azmin buat benda tu dalam tandas? Maasya Allah... bongoknya penfitnah nih!
Fitnah jahat Umno menjelang PRU 13 – Azmin
KUALA LUMPUR 1 Mei: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengecam keras fitnah yang disebarkan blog pro Umno bertujuan mengaibkannya dan keluarga.
Beliau berkata, fitnah itu ulangan menggunakan modus operandi sama yang diguna terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya amat kesal memandangkan tindakan ini (fitnah terbaru skandal seks) adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya.
“Ia kemudian disusuli dakwaan pemilikan saham, dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam himpunan aman Bersih 3.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam fitnah terbaru itu, seorang lelaki yang didakwa sebagai Azmin bersama seorang wanita melakukan aksi seks di dalam tandas.
Tambah Azmin, pada fitnah terhadap anak dan isterinya, beliau telah melakukan ujian DNA dan keputusan itu memihak kepada mereka.
“Saya melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga.
“Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga,” katanya.
Bagaimanapun, Umno masih mengulangi fitnah walaupun sudah terbukti tuduhan itu merupakan pembohongan semata-mata.
Azmin berkata, setelah kesemua fitnah itu tidak berjaya, Umno BN mengulangi skrip lama iaitu menimbulkan fitnah seks untuk membentuk persepsi rakyat menjelang pilihan raya.
“Munculnya fitnah ini tatkala Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan Bersih. Mereka ingin mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan Umno supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.
“Saya akan terus bersama-sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam PRU ke 13,” tegas beliau.
* Kenyataan penuh Azmin boleh diakses menerusi kolum kenyataan media di portal ini.- Kd
Satu posting yang menarik, itulah politik name nye.
ReplyDeletePerlu bijak menangkis dan mempertahan kan diri.
Tok dah senaraikan 'MOUNTDWELLER' ke dalam blog list kelabu asap. Ada berani ka senaraikan 'tokgajah46.blogspot.com'?
dalam kadang kambing pun ada orang buat keje macam tu... kah... kah... takpe la bro... tu gambar aje perlu ada 4 saksi- camera & video besi mati aje...
ReplyDelete