Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 6, 2012

Saya Rasa Ini Adalah Pendirian Rasmi ATM

Bukan amalan ATM rampas kuasa - Lt. Jen. Zulkiple

KUCHING 5 Mei - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan mengambil alih kuasa di negara ini sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkiple Kassim berkata, bukan menjadi satu amalan kepada ATM untuk berbuat demikian hanya kerana kekalahan sesebuah parti politik dalam pilihan raya.

"Itu semua hanya tohmahan mereka yang tidak bertanggungjawab dan sengaja mahu menghuru-harakan negara. Masyarakat jangan mudah terpedaya dengan khabar angin itu kerana ATM di negara ini bukan seperti tentera di luar negara yang akan merampas kuasa kerajaan sebaliknya kita membantu membangunkan negara bersama kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Rondaan bersama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

6 comments:

  1. tu pasal la selama ni panglima atm semua dr ramd. yg lain tu kurang sket bab strategi perang ni sampai ckp pu mcm org politik, sikit2 report pulis

    ReplyDelete
  2. Salam,
    semoga PRU 13 berjalan aman, tenteram, bersih dan telus!

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya 'mengambil alih' itu boleh apabila syarat2 yg sah dan dan yg termaktub dipatuhi. Sebab itu 'POPO Drill' sering dibuat latihan dan akta2 tertentu masih dikuatkuasakan. Isunya apabila di 'gembar gembur'kan supaya ATM membuat sesuatu dan tidak ianya tidak mustahil. Sebagai cth, undi pos dimana ramai bekas2 anggota tentera telah membuat pengesahan berlakunya penipuan. Perlu apa dgn 'Blue Ocean' stratergy oleh kerana Polis dan Tentera mempunyai bidangkuasa yg berasingan dan ketaatan pula adalah berbedza. Nampak seolah olah kuasa tentera ingin diambil alih oleh suku sakat dan kaum keluarga pehak tertentu bagi kesinambungan kuasa yg berterusan. Jgn lah anggap kami bodoh, yg 'senior officers' yg sedia ada nampak mcm pak angguk sahaja, makan gaji besar, kereta besar, main golf yg ditaja..

    ReplyDelete
  4. Kalau benarlah seperti apa yang dikata, kita rakyat malaysia sangat bersyukur kepada Allah, bukan apa, cumanya kita bimbang kalau-kalau ATM terpengaruh dengan perancangan jahat orang yang sudah melakukan jenayah tetapi cuba menyorok atau melarikan diri atau cuba memperalatkan ATM bagi keselamatan diri mereka......terima kasih.....hidup Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  5. betul ke?
    kalau betul,
    baguslah.
    syukur,
    alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. tahniah. itulah yang betul. Semoga Allah memberi rahmat dan memberkati perjuangan seluruh anggota ATM dalam menjaga kedaulatan negara yang tercinta ini

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa