Hakikat dan kenyataan harus semuanya terima
Baik Anwar maupun Mahathir terimalah hakikat penyelewengan yang dilakukan itu dan bertanggung jawablah!
RCI 'Projek IC' mungkin jejas Mahathir, Anwar
Walaupun perhatian kini ditumpukan kepaa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peranannya memberi kewarganegaraan kepada imigran di Sabah untuk mengundi, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mungkin menjadi sasaran.
Ketua pegawai eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, pengumuman suruhajaya diraja untuk menyiasat perkara itu mungkin menjejaskan legasi Mahathir, namun Anwar yang merupakan bekas timbalan perdana menteri juga merupakan sebahagian daripada legasi tersebut.
"Ada orang yang masih menyalahkan Anwar kerana membawa masuk Umno ke Sabah sebelum ini," katanya yang menambah, pentadbiran Mahathir bertanggungjawab mempengaruhi semua menteri kanan pada masa itu.
Sekiranya Anwar turut terlibat, ketua umum PKR itu juga akan terjejas, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Kesan kepada Anwar adalah serius jika siasatan suruhanjaya itu turut mengaitkan bekas orang kanan Mahathir itu.
Tambahnya, Anwar kini juga masih aktif dalam arena politik sedangkan Mahathir telahpun bersara.
"Ia mungkin menjejaskan Umno bawah Mahathir yang merupakan generasi lama, tapi generasi baru (pembangkang) akan merana jika Anwar terlibat," katanya lagi.
Tambahnya, Najib mungkin terpaksa mengumumkan RCI tersebut untuk membendung perkembagan di Sabah, namun ia mungkin memberi peluang kepada perdana menteri untuk keluar dari bayang-bayang Mahathir sekiranya berjaya menjejaskan Umno. - mk

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa