Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 14, 2012

Semua Orang Dah Tahu Wahai Che' Det. Jangan Terkena Batang Hidung Sendiri, Sudahlah!

Maksud tersirat dari kenyataan ini pun orang dah faham.......

Selasa Ogos 14, 2012
Israel Perintah Dunia Melalui Proksi - Tun M
KUALA LUMPUR: Terdapat kebenaran kepada dakwaan bahawa Israel memerintah dunia melalui proksi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya tertanya-tanya adakah orang menyedarinya atau tidak tetapi calon-calon presiden Amerika Syarikat iaitu kuasa besar tunggal, semua perlu mendapatkan kelulusan daripada Israel.
"Calon Republikan bagi jawatan Presiden, Mitt Romney, baru sahaja menziarahi Tel Aviv dan telah membuat akur janji terbuka bahawa beliau akan lebih tegas terhadap rakyat Palestin dan Iran berbanding Obama (Pesiden Barack Obama), katanya dalam entiri terbaru dalam blognya di chedet.cc pada Isnin.
Dr Mahathir percaya tidak lama lagi Obama akan melakukan lawatan sama dan akan menaburkan banyak lagi janji untuk berjuang bagi Israel.
"Situasi ini ganjil dan rakyat Malaysia tidak berfikir pendekatan ini elok semasa pilihan raya umum.
"Bagaimana jika calon-calon Malaysia bagi pilihan raya terpaksa melawat negara jiran untuk berjanji persahabatan kita atau menyokong mereka?
"Pilihan raya kita adalah untuk memperoleh sokongan rakyat Malaysia untuk parti yang akan membentuk kerajaan. Apa yang negara lain berfikir mengenai dasar-dasar kerajaan kita adalah tidak relevan," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa