Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 14, 2012

Piiiwiittt....Ulama tersohor Arab Saudi puji kepimpinan k'jaan M'sia

Lepas angkut Abdullah Sa'amah, di seretnya juga kononnya Ulama Arab pula!

Ulama tersohor Arab Saudi puji kepimpinan k'jaan M'sia
4:06PM Ogos 14 2012
Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan. 
    
Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Najib memberitahu wartawan Malaysia di Makkah, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.
    
Katanya, para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

"Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya," katanya.
    
Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.

- Bernama

Saya kata :

Boleh caya ke, kalau ulama dari negara yang kalau nak selamat dan berkedudukan kena bodek dan puji raja yang memerintah. Tambahan pula negara ini adalah pelindung Yahudi dan hamba Amerika di Timur Tengah ini!

3 comments:

  1. org luar yg tak tahu perkara sebenarnyer...bolehlah kau kelentong najib oooiiiiii.....tapi rakyat malaysia....tak makan dek kelentong kau tu......tunggulah PRU 13 nanti......kaki rasuah dan perompak ikut cara islam ker...jauh bebeno....hampeeehhh

    ReplyDelete
  2. Wasir TV Channel nih tak der hebat pon kat belah2 arab sebab siaran dia mcm TV Pendidikan jer

    Al Maijd TV pulak sebijik macam astro tapi rancangan dia semua dalam bahasa arab.

    lepas tuh kedua2 tokoh yg disebutkan nih tak der org kenal pon sebenarnya... cuma kat Malaysia jer kata tokoh kalau kat Saudi nih atau belah2 GCC diaorg nih businessmen yang makan untung atas angin jer...

    Nak tipu mak cik & pak cik felda boleh lah... kalau nak tipu rakyat malaysia yg tinggal dan berkerja dia belah2 GCC (Gulf Cooperation Council) tak payah lah wahai pencacai... Kami lebih tahu selok belok apa org pandang dgn Malaysia skg nih...

    Dulu2 waktu mahathir memerintah memang mamat2 arab nih puji malaysia... tapi bila Pak Lah amik alih... makin puak2 arab nih tak pandang... tambah2 bila najib lagi lah puak2 arab nih tak tengok langsung...

    Kalau kamu semua nak tahu skg nih taraf org malaysia dah jatuh dimata puak2 Arab prejudis nih... deiaorg nampak Singapore lebih dari Malaysia skg nih. Ini bukan cakap2 kosong tapi ini kenyataan.

    Contoh... Siapa yang akan operate New Doha International Airport ( Airport terbesar yang mempunyai 4 Landasan) tak lain tak bukan Changi Airport Management, Sapa yang dk buat management Airport dia Arab Saudi.. pon org yang sama... Airport Dubai... paon org sama... mana KLIA Management pegi sedangkan kita dok gah kata org arab puji kita sebab negara islam... cakap jer lah lebih... bukti... elek...

    ReplyDelete
  3. kecewa bila terpandang ustaz nasha di sebelah najib..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa