Siapa yang memperjuangkan nasib mereka
Dan siapa pula Penyangak khazanah mereka
Siapa pula buat-buat buta
Musa Aman: Rakyat Sabah harus bijak nilai siapa pejuang, petualang
11 Ogos 2012
KIMANIS - Rakyat Sabah harus bijak menilai siapa pejuang yang berupaya membela nasib mereka dalam mentadbir negeri di Bawah Bayu ini, dan siapa petualang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata sikap segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bertukar haluan kepada parti pembangkang menunjukkan mereka mempunyai agenda tersendiri.
"Berbagai alasan diberi mengapa mereka menukar haluan setelah bertahun-tahun bersama kerajaan.
"Soalnya, mengapa baru sekarang menentang, mengapa tidak awal-awal dahulu, sudah dekat pilihan raya baru mahu bertindak. Tentu ada agenda yang tersirat," katanya pada majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuka puasa bersama rakyat di SMK Bongawan II hari ini.
Musa, yang juga pengerusi BN negeri, berkata golongan seumpama itu hanya mengutamakan agenda peribadi daripada membela rakyat dan negeri.
"Mereka bersekongkol dengan pembangkang menuduh kerajaan tidak adil, menuduh kerajaan tidak bersungguh-sungguh membela rakyat. Bermacam-macam tuduhan dilemparkan untuk menagih simpati dan mendapatkan sokongan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata amalan majlis berbuka puasa yang diadakan sepanjang bulan Ramadan mendapat sambutan amat menggalakkan dan berjaya memupuk hubungan silaturahim serta perpaduan antara kaum.- Bernama
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa