Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 1, 2012

'Awang Selamat' Nampaknya Tidak Akan Selamat!

Sepatutnya UMNO dan Pemimpinnya dulu lagi kena minta maaf kepada Rakyat Malaysia
Segala pekung dah terdedah dan berbau pun masih lagi nak selak kain orang!

Kalau badan sendiri dipenuhi sopak dan puru, tak payahlah nak cari kudis dan panau orang....

Utusan mahu Malaysiakini minta maaf

Utusan Malaysia hari ini menuntut Malaysiakini memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas dakwaan bahawa portal berita itu dibiaya jutawan George Soros.

Dalam edisi hujung minggunya hari ini, Awang Selamat – nama samaran untuk pengarang akhbar tersebut – juga mempersoalkan jika Malaysiakini berniat untuk menjadi "alat pihak asing".

"Dengan sekian banyak bukti, jangan lagi berulang kali mendakwa portal itu bersifat bebas, itu hanya menghina diri sendiri.

"Belum terlewat lagi untuk kembali ke pangkal jalan, lebih-lebih lagi ini adalah soal kedaulatan," kata penulis tanpa nama itu.

Penulis berkenaan menyalahkan pembiaya asing yang didakwanya "menjadi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara" atas laporan "memburuk-burukkan kerajaan" dan menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kempennya sebelum ini, Utusan turut melaporkan dakwaan seorang bekas editor Malaysiakini yang mendakwa salah seorang pengarah portal itu, Harlan M Mandel merupakan "orang Soros".

Bagaimanapun, akhbar milik Umno itu tidak melaporkan kenyataan dan penjelasan ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran berhubung isu tersebut.

Akhbar itu juga tidak melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berbaik-baik dengan Soros dan turut meminta jutawan itu menyokong projek anti-perang Forum Keamanan Dunia yang diusahakan bekas perdana menteri itu.

Malaysiakini sebelum ini mendedahkan bahawa Mandel menjadi salah seorang pengarah Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas mengetuai Media Development Loan Fund pada tahun lalu.- mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa