Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 15, 2012

Bila Penuduh Yang Menggunakan Lutut Untuk Berfikir!

'Bagaimana 9 peratus mahu bentuk negara Kristian?'

Dakwaan terdapat cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dipertikaikan ekoran jumlah populasi penganut agama terlalu kecil dalam negara ini.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata, statistik terkini menunjukkan golongan itu hanya mewakili 9.2 peratus (atau 2.6 juta) daripada keseluruhan rakyat Malaysia.
NONEBerdasarkan statistik itu, tambah anggota Parlimen Parit Buntar itu, penganut agama Buddha sebenarnya lebih ramai.

"Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat," katanya.

Bercakap dalam forum "Masih Relevankah Ketuanan Melayu?' di Pulau Pinang semalam, Mujahid berkata, jumlah umat Islam pula katanya sekarang ini membentuk 67 peratus daripada rakyat Malaysia.

Kira-kira 40 peserta hadir dalam program tiga jam itu. Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Fadlullah Jamil dan Presiden Insitut Al-Qaiyyim Abdul Rasyid Idris turut bertindak sebagai ahli panel.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa pada 9 Oktober lalu mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan untuk meraikan kemenangan DAP di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

DAP Sarawak bagaimanapun sehari selepas itu menafikannya dan menyifatkan dakwaan itu sebagai "berniat jahat dan tidak bertanggungjawab". - sumber


Mujahid: 'Ketuanan Melayu' hanya jangka hayat Umno

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa memberi amaran, jika ketuanan Melayu terus dipertahankan, hak bagi kumpulan etnik lain di Malaysia tidak akan terjamin.

Menurut Mujahid, ketuanan Melayu hanya bertujuan untuk memastikan jangka hayat Umno dan bukannya bagi mempertahankan hak-hak melayu.

Anggota Parlimen Parit Buntar itu memberi contoh, di Kelantan yang dipimpin PAS walaupun majoritinya Melayu, kerajaan persekutuan tidak juga membayar wang royalti minyak.

"Kalau ini pun mereka tidak dapat penuhi, bagaimana hendak mempertahankan hak-hak orang bukan Melayu?" soal Mujahid.

Beliau berkata demikian pada forum selama tiga jam yang bertajuk "Masih Relevankah Ketuanan Melayu?" di Pulau Pinang, semalam. - sumber

3 comments:

  1. Tak payah ditulis dalam perlembagaan pun... dasar undang-undang Malaysia sememangnya berteraskan undang-undang dari negara Kristian... sememangnya dasar nagara yang tidak berteraskan ajaran Islam telah dipraktikan di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Anon 1:55PM

    Apa yang saudara katakan itu betul!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa