Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 11, 2012

Inilah Dia Wajah Polis Malaysia!

Polis lepaskan gas pemedih mata kepada peserta perhimpunan, kata peguam inkuiri Suhakam

October 10, 2012

FRU menembak kanister gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan Bersih dalam gambar fail. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Polis anti rusuhan telah melepaskan gas pemedih mata kepada peserta perhimpunan yang terperangkap di lorong sempit ketika perhimpunan Bersih pada 28 April lalu, kata pemerhati Majlis Peguam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam inkuirinya tentang keganasan pada perhimpunan tersebut.

Menurut peguam, Christopher Leong dalam keterangannya di inkuiri SUHAKAM , beliau menyaksikan sendiri keganasan dilakukan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut.

Leong adalah pemerhati protes pada 28 April bagi pihak Majlis Peguam. Beliau memberi keterangan hari ini, polis telah menembak gas pemedih mata walaupun peserta perhimpunan tidak boleh beredar dari Jalan Melayu, jalan sempit di tepi stesen LRT Masjid Jamek.

Leong berkata, peserta perhimpunan tidak dapat beredar kerana sekumpulan peserta perhimpunan telah berada di belakang mereka.

“Saya nampak polis menuju ke arah peserta perhimpunan telah menembak gas pemedih mata di tengah peserta.
“Kami tidak boleh lari, tidak boleh bergerak langsung. Kami tak mungkin dapat berundur.”

Bersih telah berulang kali berkata polis telah melepaskan gas pemedih mata untuk mencederakan peserta perhimpunan pilihan raya bebas dan adil, dan telah menggunakan kekerasan bagi menangkap orang ramai.

Kumpulan pemantau pilihan raya itu telah menghantar laporan kepada SUHAKAM membuktikan dakwaan mereka dengan video dan bukti bertulis.

Bersih juga menambah bahawa polis telah mendiskrimikasi, dan menggunakan kekerasan ke atas peserta yang tidak melakukan provokasi, bahkan dalam laporan tersebut mengatakan ada peserta turut ditangkap atau diserang ketika sedang makan.

Ribuan rakyat Malaysia telah berhimpun pada 28 April menuntut pilihan raya adil dan bersih.
Perhimpunan bertukar menjadi ganas apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan mereka tidak boleh beredar kerana orang ramai di lorong sempit.

Inkuiri ini dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjaya Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa