Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 6, 2012

Kelantan Negeri Termiskin?

Najib dan ramai Pemimpin BN kata Kelantan negeri termiskin
Rakyat Kelantan minum air kotor
Kelantan tidak membangun Rakyat Kelantan termiskin, makan pun tak cukup! 

Tapi kami makan beras impot yang sedap dengan harga murah
Buah impot yang lebih murah dibandingkan dengan negeri lain
Air mineral dari perigi yang digali atau tube well, biasa atas penyeliaan Jabatan Kesihatan
Peratus anak-anak di IPT awam yang tinggi

Itu pun di dalam keadaan kami dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat BN.....

Dan akhirnya 'hidung siapa' yang kena?

Pendapatan isi rumah Bumiputera Sabah terkebelakang

Pendapatan isi rumah Bumiputera di Sabah berjumlah RM2,800, jauh di belakang purata pendapatan isi rumah Bumiputera di seluruh negara sebanyak RM3,624 .

Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025.

NONEPendapatan Bumiputera Sabah itu hanya 23 peratus daripada pendapatan purata semua Bumiputera dan 30 peratus pendapatan purata seluruh rakyat Malaysia.

Pendapatan purata isi rumah untuk Bumiputera dan semenanjung masing-masing sebanyak RM3,784 dan RM3,217.

Maklumat ini diperoleh melalui tinjauan Jabatan Perangkaan pada 2009, yang disampaikan di Parlimen sebagai jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) minggu lalu.

Tinjauan itu dijalankan dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2009.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa