Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 5, 2012

Kerana Nila Sebaldi, Rosak Susu Satu Kolah....

Polis, macam-macam hal berlaku dengan perangai tak senonohnya. Ini di Sabah 
Sebelum ini di Melaka
Dan banyak lagi kes di serata tempat di Malaysia 
Polis minta rakyat berikan kepercayaan, 
Bolehkah mereka ini dipercayai?

Konstabel mabuk tembak pelayan

DI pub inilah seorang anggota polis melepaskan tiga das tembakan sehingga mencederakan seorang pelayan di Padungan, Kuching kelmarin.

KUCHING – Seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia 21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan tiga das tembakan selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini semalam.
Kejadian pukul 3 pagi itu mengakibatkan seorang pelayan premis cedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila anggota yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu operasi di Serian. Anggota itu menyertai pasukan polis sejak lebih setahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa