Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 7, 2012

Laaa.... Biar Betul. Ketiga-Tiga Meraka Ada Kepentingan?

Apa macam? Mahathir kata dia ditipu... 
Walhal semua mereka tipu rakyat!

Skandal PKFZ: Mahathir, Najib wajib hadir ke mahkamah
(Oleh: Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 7 Oktober: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib hadir memberi keterangan dalam perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kedua-duanya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberi alasan untuk lari daripada undang-undang.
Beliau mengulas keterangan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai kepentingan peribadi dalam projek itu.
Namun, Fuziah tidak menolak kemungkinan mereka memilih untuk berdiam diri dan tidak hadir dalam perbicaraan.
“Kita perlu ingat ketika kes Fitnah 1 pada tahun 1998, Mahathir juga disapina oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau tidak hadir.
“Mahathir manusia yang kebal dari undang-undang, malah beliau mengatasi undang-undang yang ada dan kesinambungan kekuasaan mutlak  itu diteruskan Najib.
“Jadi saya tidak terkejut jika mereka memilih untuk tidak hadir,” katanya.
Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan 3 Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan skandal PKFZ membabitkan mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik.
Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan lembaga Pelabuhan Klang (LPK). - KD

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa