Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 9, 2012

Mungkinkah Ada Sesuatu Yang Tak Kena Di Dalam PAS?

Kalau tidak takkan si pendek mulut luas ni berani melalak lagi? 
Apa yang tak kena tu, selidiklah sendiri! 

Bukankah kenyataanya ini boleh mempurak-purandakan perpaduan?
Polis dan KDN dok buat apa?

Nasha dakwa ada pihak anjur doa 'M'sia jadi negara Kristian'

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

NONE"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Nasharuddin juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya.

"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia. - mk

10 comments:

  1. sebagai orang Islam apakah kita yakin allah akan mengkabulkan doa mereka?

    Yang membimbangkan ialah kalau ada orang Islam yang berdoa begitu...

    ReplyDelete
  2. Salam Yob Mountdweller,

    Mamat ni confuse! Karpal anti hudud, bukan anti Islam! Dia same jer dengan Soi Lek yang Nasha suka tu. Karpal dan Soi Lek kafir yang tak faham undang2 Islam dan mulut tempayan.

    ReplyDelete
  3. Apakah org Islam Amerika yg berdoa Islam memerintah Amerika suatu hari nanti juga bersalah? Adakah mereka akan didakwa dan dihalau keluar dari Amerika? Berdoa itu hak masing2 ikut fahaman masing2.Org berdoa pun kau nak marah apa jenis ustaz macam ni?

    Apakah kita terlalu bodoh utk dibodohkan oleh org yg mengaku pandai ttg Islam? Perbanyakkan dakwah dari mencerca org yg bukan Islam. Hidayah itu milik Allah, kita hanya mampu menyampaikan Islam.

    Adakah nasa ni HA kedua?

    ReplyDelete
  4. Nasha mabuk air sejuklah tu.

    ReplyDelete
  5. Sakit sgt dah mamat sorang nih...

    ReplyDelete
  6. Anon 11:00PM

    Hairan juga nampak dia macam tak tahu apa-apa. Tahu cakap jer!

    ReplyDelete
  7. Abu Amir

    Dia merapu tak tentu hala.Apa salahnya mereka berdoa.

    Betul sdr. Hidayah itu hak Allah!

    ReplyDelete
  8. W'salam Yong

    Mamat ni bukan setakat confuse tetapi otak dia dah 'fuse' dek nafsu!

    ReplyDelete
  9. Anon 1:00 AM

    Rasanya mabuk kedudukan. Kan dah dikalahkan Mat Sabu!

    ReplyDelete
  10. Anon 10:58 AM

    Memang dah tenat daahh...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa