Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 6, 2012

Selagi Jerung Dan Yu berkuasa, Apa Ada Pada SPRM?

Apa yang saya nampak Malaysia dan Thailand tidak ada bezanya. 
Para Jerung dan Yu juga yang berleluasa menguasai apa saja di 'Air dalam' 

Di Thailand ada sedikit ketelusan dan liberalnya tetapi di Malaysia?
Tunggu 'lampu hijau' dulu. 

Itulah sebabnya saya tanya apa ada pada SPRM?
Bila Pemimpin 'cakap tak serupa bikin'

M'sia, Thai materai kerjasama banteras rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan Thailand (NACC) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk membentuk kerjasama berkesan dalam memerangi rasuah.

Ia ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan Pesuruhjaya NACC, Prof Pakdee Pothisiri, di luar Konvensyen Persatuan Pihak Berkuasa Antirasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6 di Kuala Lumpur.

NONEMemberitahu pemberita kemudiannya, Abu Kassim (kanan) berkata kerjasama itu termasuk bantuan teknikal, latihan dan pertukaran kepakaran antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata SPRM mengenal pasti empat bidang yang Malaysia dan Thailand boleh bekerjasama, antaranya penyeludupan manusia yang menjadi keprihatinan bersama.

Pakdee pula berkata kedua-dua negara sentiasa berkongsi secara tidak formal dalam memerangi rasuah dan Mou berkenaan bertujuan mengukuh hubungan sedia terjalin antara kedua-dua negara.

"SPRM sentiasa profesional dan membantu dengan berkongsi maklumat dan teknologi bersama kami, tetapi oleh kerana konvensyen IAACA tahun ini memfokus kepada bantuan teknikal dan pertukaran maklumat, MoU ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu bagi menjadikan perkongsian kami secara formal," katanya.

Beliau berkata perjanjian persefahaman tersebut dijangka meningkat kerjasama antara SPRM dan NACC, yang boleh membantu dan mencegah kes rasuah antara kedua-dua negara yang bersempadan.

"Kami antara lain akan memfokus kepada pertukaran maklumat dan bahan profesional, pertukaran pengalaman dalam mengesan dan menyediakan bantuan teknikal dalam aktiviti pengoperasian," tambah beliau. - mk

4 comments:

  1. Anon

    Memang lawak sambil cari publisiti!

    ReplyDelete
  2. Anak bilis yg jd mangsa dan jd kambing hitam puak puak nie

    ReplyDelete
  3. Anon 11:24

    Selagi kerajaan tak berubah selagi itu keadaan tidak dapat diubah..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa