Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 10, 2013

Bapak Kepada Segala Bapak Jadi Penasihat PAS Pulak!

Mulanya aku ingatkan bising-bising Majlis Syura PAS tolak Anwar jadi PM dari sumbar dalaman PAS sendiri. Rupanya berdasarkan sumber dari sebuah Akhbar Munafiq.

Patutlah pengikut dan Kepala segala Munafiq bertempik terlolong. Rupanya untuk mewajarkan laporan munafiq dari sumber yang munafiq untuk dipercayai oleh juga yang munafiq

Aku masih ingat lagi kata-kata Guru Agamaku yang Rasulallah tidak solatkan jenazah siMunafiq..... 
Dr M: Anwar sepatutnya ditolak untuk jadi PM dari dulu
Oleh Mohd Farhan Darwis
February 10, 2013

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya ditolak untuk menjadi perdana menteri sejak dari dulu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sepatutnya dari dulu lagi dah tolak Anwar,” kata Dr Mahathir kepada pemberita yang ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini.


“Patut tolak dia dah lama dah, orang yang berkelakuan macam itu macam mana nak terima,” tegas bekas perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun.


Laporan akhbar Umno, Mingguan Malaysia hari ini di muka hadapannya melaporkan Majlis Syura Ulama PAS didakwa menolak Anwar sebagai perdana menteri.


Memetik sumber, laporan akhbar Umno itu turut berkata sehubungan itu persoalan siapa yang bakal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya kembali berbangkit.


“Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen dalam kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga ketua pembangkang menjadi perdana menteri.


“Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu ... Apabila ahli PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri,” kata sumber tersebut dipetik Mingguan Malaysia.


Ketika Muktamar Tahunan ke-58 PAS di Kota Baru sebelum ini wakil Dewan Ulama PAS mengusulkan untuk Hadi dilantik menjadi perdana menteri.


Saranan itu turut diterima beberapa perwakilan daripada Dewan Muslimat dan juga wakil dari Majlis Syura.


“Dalam masa sama ada juga khabar angin yang mengatakan kalau pembangkang menang mungkin orang luar pakatan akan dilantik ke jawatan tersebut,” kata sumber itu lagi.


Beliau turut menambah “kekuatan” PAS untuk menentukan perdana menteri pakatan bakal menjadi kesukaran kerana PAS bukan parti dominan dalam PR

2 comments:

  1. Dah lama dah kau tolak Anwar dari menjadi PM Cet Det ooii!!!!....
    Kau terajang dan pukul dia lepas tu kau masukkan dalam penjara. Walau kau benci dia akan tetapi Allah kasihkan dia dan lihatlah bagaimana sambutan rakyat marhaen kepada Anwar.

    Untuk menjadi PM Malaysia tidak semesti Anwar, Mat Sabu setaraf dengan Anwar atas kapasiti pemimpin yang diterima rakyat pelbagai kaum.

    Jadi tak payahlah susah-susah memikirkan Cet Det ooii...
    beramal sebagaimana Pak Lah lakukan.

    ReplyDelete
  2. Bapak dari segala penipu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa