Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 10, 2013

Bodoh Sangatkah Anwar Ni?

Siapa yang bodoh, siapa yang cerdik?
Anwar bodoh kerana dipergunakan
Dan PAS cerdik kerana menggunakan
Atau Noh bodoh, buat cerita bodoh
Atau Noh adalah Badot buat cerita lawak!

Anwar hanya diguna untuk kepentingan PR
WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Februari 2013
TANJONG KARANG - Keputusan Majlis Syura Pas yang didakwa menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyandang jawatan perdana menteri jelas membuktikan Pakatan Rakyat (PR) hanya menggunakan Ketua Pembangkang itu untuk kepentingan parti.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, penolakan itu jelas memperlihatkan Anwar sebagai alat untuk meraih undi rakyat kerana gelombang populariti yang dibawa Ketua Umum PKR itu pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, pastinya Anwar dijanjikan dengan ganjaran manis untuk terus membawa PR lebih jauh sedangkan Pas dan DAP jelas menolak Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

"Majlis Syura Ulama Pas sendiri dikhabarkan menolak sekiranya Anwar dilantik menjadi pemimpin nombor satu negara dan ahli bersepakat untuk terus memilih Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

"Penolakan ini jelas membuktikan Anwar gagal untuk mendapatkan pengiktirafan Pas untuk menjawat jawatan itu dan bergantung harap kepada DAP.

"Saya percaya sentimen dalam kalangan pemimpin dan ahli Pas itu sendiri sememangnya tidak mahu Anwar dipilih," katanya ketika diminta mengulas laporan media mendakwa Majlis Syura Ulama menolak Anwar menduduki jawatan itu sekiranya PR berjaya menang dalam PRU13 nanti.

Meskipun kesahihan pendirian Majlis Syura itu masih belum dipastikan, namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

Mengulas lanjut Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, DAP sendiri juga secara terang-terangan menolak Anwar untuk dilantik sebagai pemimpin nombor satu negara selepas pendedahan yang dibuat di Parlimen.

"Saya lihat pemimpin PR ini akan cuba pelbagai cara termasuk mempergunakan Anwar untuk meraih kuasa mentadbir negara demi membolehkan mereka terus menang dalam PRU13 akan datang.

"Saya harap rakyat dapat menilai sikap sebenar pemimpin PR ini yang tidak pernah sebulu untuk mencapai kata sepakat termasuk isu penggunaan kalimah Allah untuk bukan beragama Islam," katanya.

Terdahulu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu hadir merasmikan Program Pelancaran Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Parlimen Tanjong Karang di Padang Astaka Tanjong Karang di sini, semalam dan menerima pendaftaran seramai 3,200 peserta
.

Sila baca pula di sini

1 comment:

  1. yang penting bn dikalahkan dalam pru nanti bukan nak dengar cerita dari orang yang sombong

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa