Inilah akibatnya bila bercakap tak pakai otak
Budak belajar bermain api
Belum terbakar jari
Sudah terasa bahangnya - sudah pun cabut lari
Wong Tack minta maaf kenyataan 'bakar loji Lynas'
Setelah mencetuskan kontroversi beberapa hari lepas, pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack malam tadi mengakui bahawa beliau silap untuk mengancam membakar loji penapisan nadir bumi Lynas di Gebeng Kuantan.
Bercakap dalam satu ceramah di Kuantan malam tadi, Wong berkata kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, maka beliau memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.
Menurut laporan Sin Chew Daily, Wong ketika berucap dalam ceramah DAP ceramah itu mengakui kepada para hadirin bahawa beliau silap.
Wong dilaporkan berkata kenyataan yang beremosi seperti itu akan membawa kesan negatif, terutama kepada generasi muda.
Isnin lalu, Wong berkata beliau akan membakar kilang Lynas itu sekiranya ia masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.
Tanpa mengira sama ada BN terus memerintah atau Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru, Wong dilaporkan berkata, beliau sendiri akan membakar kilang jika ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum. - mk

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa