Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 8, 2013

Rakyat Kelantan Akan Humban Kamu Dulu Ke Bawah Jambatan Salor!

Dia ni tak habis-habis menyalak
Sedarkah kamu Rakyat Kelantan dah terlalu meluat
Dan muak melihat muka tembam dan mulut luas kamu tu
Lagi kamu melalak, lagi menyambahkan kebencian!

Impian rakyat Kelantan jadi kenyataan, jika rakyat ubah sikap — Ibrahim Ali



PASIR MAS, 7 Feb — Impian rakyat Kelantan untuk melihat negeri ini maju akan menjadi kenyataan jika mereka membuat perubahan dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata banyak projek pembangunan dapat dilaksana jika semua kaum memberi sokongan padu kepada kerajaan BN kerana ia lebih berkemampuan memerintah negara.

“Ini terbukti apabila banyak projek yang dijanjikan (BN) menjadi kenyataan dan saya yakin tujuh projek besar yang dijanji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, untuk memajukan Kelantan, akan ditunaikan,” katanya kepada pemberita selepas mengagih angpau dan limau mandarin kepada 1,125 orang masyarakat keturunan Cina di kawasan Parlimen Pasir Mas iaitu Kampung Pengkalan Pasir di sini hari ini.

Ibrahim, yang juga anggota Parlimen Pasir Mas, mendakwa PAS gagal membawa perubahan kepada rakyat negeri ini walaupun memerintah lebih 22 tahun lepas.

“Malah ramai rakyat Kelantan yang berhijrah ke luar negeri ini kerana mencari pekerjaan berikutan kegagalan PAS menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Ibrahim berkata banyak sumber asli di Kelantan gagal dimanfaat oleh kerajaan negeri pimpinan PAS kerana tidak mampu dilaksana berikutan ketidakupayaan kerajaan negeri.

“Banyak peluang pembangunan dan kemudahan prasarana boleh dilakukan di negeri ini, termasuk dalam sektor pelancongan. Jika BN berjaya mentadbir negeri ini, saya percaya mereka akan bina pelabuhan kecil dan menaikkan taraf Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa untuk menarik pelabur asing menanam modal di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun Kelantan di bawah pemerintahan PAS, kerajaan pusat tetap memberi perhatian kepada rakyatnya dengan mengadakan pelbagai projek pembangunan untuk faedah mereka sebagaimana yang dijanjikan.

“Saya dimaklumkan kerajaan Persektuan besetuju menaikkan taraf Jambatan Salor, yang menghubungkan Pasir Mas-Kota Baharu bernilai RM2.4 juta, yang diperjuang bagi pihak penduduk kawasan Parlimen ini,” katanya. — MI

6 comments:

  1. Dia ni cakap pakai otak ke atau otak dah tak ade

    ReplyDelete
  2. Anon 7:42 AM

    Dia masih tak nampak yang rakyat kelantan dah muak dan meluat!

    ReplyDelete
  3. Anon 12:39 PM

    stopa .... pengkhianat rakyat kelantan

    ReplyDelete
  4. Dah jd kytaan pun sb projek pmbinaan dh pun sdh giat dijalankn...peace!!

    ReplyDelete
  5. Projek tu dh pun dijalankan skrg...xcaya g la tgk...peace!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa