Dah tak waras dah
Mungkin kerana lama sangat berkuasa dan dah mula besar kepala
Mungkin kerana lama sangat berkuasa dan dah mula besar kepala
Masa PRU pukul Petugas parti lawan, masa pemilihan UMNO pukul Petugas parti sendiri!
Kes pukul: Tindakan diambil tanpa kompromi
14 Oktober 2013
Ezam - Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja
SHAH ALAM - Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Ezam Mohd Nor tidak menolak kemungkinan ahli Umno yang terlibat dalam pergaduhan dan mencederakan perwakilan lain boleh dipecat serta merta sebagai ahli kerana ia menjejaskan imej parti itu.
Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira status dalam parti kerana Umno tidak boleh menerima budaya dalam perjuangan parti.
"Kita akan ambil keputusan yang tegas dan mungkin memecat mana-mana ahli yang terlibat dalam kes sebegini, siapa pun, kita tidak kira siapa.
"Sesiapa pun yang masuk parti dan perjuangan ini, kena letakkan nama baik perjuangan mengatasi segala-galanya.
"Kalau kita emosi dan sanggup mencemarkan imej parti seperti ini, kita tidak boleh kompromi," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, lewat malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut insiden seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja yang dicederakan oleh bekas calon Ketua Pemuda Umno bahagian itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan tersebut.
Mangsa yang juga petugas kempen calon Ketua Pemuda Umno Kota Raja yang menang itu dipukul oleh dua abang pencabarnya setelah tidak berpuas hati kerana kekalahannya di peringkat bahagian.
Ezam turut mendakwa, pihaknya menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis untuk menyiasat insiden tersebut.
"Kita percaya pihak polis boleh selesaikan insiden ini," katanya.
Ketika ditanya keperluan memaklumkan perkara tersebut kepada pengetahuan Umno Pusat, beliau berkata, satu laporan lengkap akan dihantar segera dalam masa terdekat.
"Setakat ini belum secara rasmi (dimaklumkan insiden itu), kita baru dapat tahu malam ini, saya rasa ramai yang hadir dan akan buat laporan.
"Kita belum hantar laporan insiden ini kepada Umno Pusat, kita akan bawa ke pengetahuan pusat dengan segera," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa