Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 13, 2013

Adakah Jerat Dipasang Zahid Akan Mengena?

Zahid RANCANG ‘ucapan menghasut’? Lihat ke dalam hati nurani anda, gesa Nurul
Oleh Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle
KUALA LUMPUR – Respon pemimpin-pemimpin Umno berdiam diri dengan isu ucapan mengejutkan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi di Melaka sungguh ketara. Maklumat dalaman parti berkata strategi mereka sekarang adalah untuk cuba untuk mencari jalan bagi Zahid untuk "menyelamatkan air muka", kerana dia tidak boleh dibiarkan jatuh.
Salah seorang daripada 3 naib presiden Umno, Zahid memainkan peranan penting dalam perebutan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
"Bagaimana orang ramai sahaja yang boleh dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri ? Dengan membenarkan dia untuk menggantikan Hishammuddin , Najib telah menghantar mesej bahawa dia percaya dan memandang tinggi pada Zahid. Ia tidak akan boleh menjadi lebih jelas daripada ini. Jadi, lupakan jika Zahid bakal dipecat atau ditegur , kerana itu tidak mungkin akan berlaku. Kita bercakap tentang Umno, mereka yang buat ' undang-undang' di negara ini , "kata seorang pemerhati Umno yang veteran kepada Malaysia Chronicle.
Veteran Umno itu merujuk kepada kemarahan orang ramai terhadap komen Zahid dan tuntutan agar dia dipecat daripada Kabinet. Ramai rakyat Malaysia serta pemimpin-pemimpin masyarakat juga mahu dia disiasat atas ucapannya yang didakwa bertujuan untuk mernyemarakkan kebencian Melayu terhadap orang Cina dan India .
Hishammuddin Hussein yang kurang menyerlah itu merupakan sepupu Najib sendiri, dan Najib, yang juga Presiden Umno , telah menggantikan Hishammuddin daripada jawatan Menteri Dalam Negeri kepada Menteri Pertahanan, yang dahulunya dipegang oleh Zahid .
Menyedihkan
Zahid yang telah dibiarkan terlepas begitu sahaja, tanpa perlu sebarang penjelasan adalah tidak diduga.
Ini tetap diteruskan walaupun Majlis Peguam talah mengutuk itu sebagai mengerikan dan menegaskan bahawa Menteri Dalam Negeri mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan.
"Saya menggesa Menteri Dalam Negeri untuk menilai semula dan menarik balik kenyataannya. Kami bersedia untuk berbincang dengannya mengenai isu keselamatan negara. Saya amat sedih dengan pandangan dia yang bukan sahaja mencemarkan namanya sendiri tetapi memberi kesan yang mendalam untuk semua rakyat Malaysia, "Ahli Parlimen Pembangkang Lembah Pantai, Nurul Izzah memberitahu Malaysia Chronicle dalam mesej sms.
"Saya tergammam dengan apa yang diucapkan oleh Menteri Dalam Negeri itu di Melaka. Ia menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai pemahaman mahupun menghormati kedaulatan undang-undang . Dia memberi galakkan kepada polis yang cukup gembira untuk menggunakan senjata. Saya amat risau akan agenda perkauman yang mengejutkan dan anggapan sempitnya terhadap kaum dalam ucapannya yang menggambarkan orang Melayu sebagai mangsa kepada semua jenayah dan bukan Melayu sebagai penjenayah," kata bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan kepada Malaysia Chronicle.
Banyak undi simpati bakal diraih Zahid
Walaupun segunung aduan diterima, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin untuk mengambil apa-apa tindakan yang akan menjejaskan peluang Zahid dalam pilihan raya Umno yang dijadual berlangsung pada 19 Oktober, kerana berbuat demikian akan menjadikan Najib seperti menampar mukanya sendiri.
Menurut pemerhati UMNO, Zahid, Menteri Luar Bandar Shafie Apdal dan Hisham telah " ditetapkan" sebagai pemenang oleh kem Najib.
Pencabar Mukhriz , yang merupakan anak bongsu Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Ali Rustam dan Pengerusi Felda Isa Samad tidak akan berjaya, katanya.
"Malah, siapa yang meraih paling banyak undi untuk menang sudah boleh dijangka. Zahid akan menerima undi terbanyak, diikuti oleh Shafie dan Hisham. Mukhriz , Ali Rustam dan Isa akan tewas," kata pemerhati Umno .
"Sekarang Umno berdiam diri. Mereka menunggu pembangkang membuka mulut dan orang bukan Melayu menjadi lebih marah dan kemudian mereka akan mula menolak sentiment itu kembali kepada Zahid. Dia pasti akan mendapat sejumlah besar simpati kerana berani berkorban untuk orang Melayu dan dia akan menjadi hero Umno. Malah, wira Melayu’. Jika difikirkan dia sebenarnya agak pintar kerana telah membuat perancangan itu bukan?”
"Daripada 3 penyandang jawatan , Zahid kini menghampiri kemenangan yg mudah. Bagi pencabar, harapan mereka hanyalah untuk mendapatkan jawatan lembaga disiplin Umno untuk menggantung keahlian Zahid jika berkempen di luar tetapi saya tidak fikir mereka boleh melepasi Najib. Orang paling rugi mungkin Mukhriz kerana dia telah cuba untuk mara dengan cepat. Tetapi bagaimana dia boleh mengalahkan Zahid kini? Walau bagaimanapun, Hisham tidak lagi selamat, jadi masih ada peluang sebenarnya."
Ucapan memalukan
Dalam ucapan selama 20 minit Zahid , dia memberitahu kepada hadirin bahawa dialah yang mengusahakan dilakukan kepada Akta Pencegahan Jenayah yang zalim supaya kerajaan boleh melindungi orang Melayu dari orang bukan Melayu , yang juga didakwanya sebagai ketua penjenayah dan penjenayah-penjenayah di negara ini.
Zahid mendedahkan bagaimana dia telah meminta bantuan daripada kedua-dua Speaker dan Setiausaha Parlimen untuk memastikan pindaan diluluskan tanpa bantahan daripada pembangkang.
Zahid juga mengejutkan negara apabila dia seperti membenarkan polis melepaskan tembakan kepada suspek tanpa amaran. Dia berkata majoriti samseng adalah rakyat Malaysia berketurunan India, yang menjadi mangsa pula kebanyakannya orang Melayu dan oleh itu tidak salah jika mereka ditangkap atau ditembak.
Dia kemudian mengatakan bahawa kumpulan jenayah yang dikenali sebagai Tiga Line, yang telah diisytiharkan haram oleh Kementeriannya sendiri, sebenarnya merupakan ‘rakan mereka’ dan mereka ini digalakkan untuk meneruskan aktiviti seperti biasa.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menegaskan bahawa Menteri Dalam Negeri sebelum ini telah berjanji untuk mengeluarkan data dan statistik kepada Parlimen dan orang awam untuk menyokong dakwaannya bahawa kenaikan kadar jenayah yang serius disebabkan oleh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Ordinan Darurat ( Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah ) 1969.
"Dia telah gagal menyediakan bukti untuk menyokong hujahnya. Sebaliknya, ia dilaporkan bahawa dia terpaksa bersubahat dengan Ketua Polis Negara dan Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah 1959, "kata Christopher dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media .
"Ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan tidak bertanggungjawab oleh Menteri Dalam Negeri. Kementerian Dalam Negeri nampaknya telah melampaui batas dan mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan. Kenyataan dibuat Menteri Dalam Negeri adalah memalukan dan turut memalukan Kerajaan dan negara."

Related Stories:



No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa