Dia ingat nikah cerai ni main-main ker, macam kanak-kanak main kawin-kawin?
Inilah masalahnya kalau jahil!
Inilah masalahnya kalau jahil!
Aeril kesal anaknya dilabel anak haram
SHAH ALAM - Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.
Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.
Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.
"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.
"Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.
Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.
"Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.
"Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.
Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.
"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.
"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi.
"Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi.
Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.
Sepatutnya ikut sunnah nabi untuk hebohkan jika da bkahwin utk elak fitnah orang...bukan akur pada arahan pihak pengurusan tu...timbul fitnah sebab salah sendiri... teringat sy seorang guru d sekola sy ..semasa bertunang dia hebohkan, kemudian bbrapa bulan lepas tu perut buncit kata da kahwin ttapi tpaksa dirahsiakan...bila tanya bila jawapan brubah2...tanya brapa bulan mgandung pun jawapan brubah2...org pun bole tsangka buruk..well salah sendiri la...alhamdullilah baru2 ni kahwin sy hebohkan huhu buat apa la nak sorok2 lain lah kalau poligami....anyway bagus lagi rozita che wan n zain saidin...biar pun orang kutuk2 dah tua or pucuk muda..at least kita tau derang nak kahwin
ReplyDeleteapa nak susah..kira 9 bulan 10 hari selepas nikah,anak tu lahir...kira anak sah lah. amacam ?
ReplyDelete