Polis nafi tidak ikut SOP dalam insider tembak
Polis hari ini menafikan dakwaan mereka tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan melepaskan tembakan sewenang-wenangnya ketika berdepan penjenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, berkata mereka perlu mematuhi SOP yang ketat terutama berkaitan penggunaan senjata api.
"Tetapi jika penjenayah melepaskan tembakan ke arah polis, takkan polis nak tunggu sahaja, mestilah polis pertahankan diri dengan bertindak menembak penjenayah," katanya dalam sidang media, di Kuala Lumpur, hari ini.
Mengulas lanjut, Hadi berkata, sejak berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia 40 tahun lalu, beliau tidak pernah menerima arahan atau mendengar ada arahan "tembak dahulu, soal kemudian".Sebuah portal berita melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu taklimat keselamatan tertutup bersama pemimpin masyarakat Sabtu lepas, dikatakan memberi gambaran bahawa lebih baik menembak suspek terlebih dahulu sebelum siasatan.
Beliau berkata, jika seseorang anggota polis itu didapati bersalah melanggar SOP, dia akan dituduh di mahkamah.
"Kami sering memberi amaran kepada penjenayah sebelum bertindak menembak, namun kedegilan penjenayah tidak akur arahan dan bertindak ganas terhadap polis menyebabkan insiden tembakan berlaku," katanya.
Terdahulu, dalam sidang media bersama Presiden Persatuan Malaysia Hindu Sangam, Datuk R S Mohan Shan, beliau berkata polis akan bekerjasama dengan persatuan itu bagi menangani masalah jenayah dalam kalangan generasi muda India, termasuk mengadakan cerama di kuil.
Hadi sebelum itu bertemu dengan Mohan Shan bagi membincangkan langkah mengekang masalah jenayah membabitkan remaja India di negara ini. - Bernama, 11 Oktober, 2013.
Salam Mountdweller
ReplyDeleteYong pernah diikut budak India. Yong berjalan kaki. Dia ikut perlahan dengan kereta. Amat menakutkan. Kawan Yong pula pernah terpaksa racing dengan sekumpulan budak India di highway PLUS. Sorang kawan lagi kena kejar sekumpulan India semasa jogging dengan suami.
Jadi, persepsi terhadap budak India agak tidak baik. Walau bagaimanapun ini tidak menjadikan Yong prejudis. Budak India juga score dalam kelas Yong.
So, Yong fikir puncanya adalah masalah kemiskinan.